Lunch Subway Beli 1 Percuma 1

Geng Makan

Lunch Subway Beli 1 Percuma 1 | Assalamu’alaikum. Cerita lunch hour kami. Sejenis kegigihan Ummi, Kak Leen dan Wan ke Subway nak promosi beli 1 percuma 1 hahaha. Sebenarnya last week kami bertiga dah makan kat Subway juga sampai Ummi tertumpahkan air depan kaunter hahahaha. Hari ni saja la ajak diorang ke Subway lagi. Orang lain mana? Uncle Mizan tapau cafe je, dua ketul lagi Yap and Nazam lunch dengan bosses.

Sebenarnya kami dah sampai Subway Anjung Mydin tu, tapi belum sempat parking kami tengok orang kus semangat ramai. Memang tak sanggup la nak tunggu ui. Mahu pukul 4 pm baru lunch kang hahaha. Drama sangat! Sudahnya kami patah balik ke Subway Petron R&R Gelang Patah Arah Selatan. Haaa tadi sombong kan.. tak nak jalan kaki. Padan muka hahaha. Sampai sini kemain tenang je ok. Rasa Ummi staff Subway boleh sempat berjoget Sempatlah Ummi potpet potpet dengan staff Subway tadi hehe.

Ummi pilih Roasted Beef dan Italian BMT.. cookies Double Chocolate Chips. Ummi sebenarnya jarang makan selain Roasted Beef. Kali ni ni Ummi makan Italian BMT, yang Roasted Beef Ummi bagi Babah.

Beli set promosi ni dapat 4 vouchers RM3. Total RM12, jadi la buat bekalan masa depan hehe. Bila share kat FB dan whatsapp ramai kata tempat diorang pun beratur panjang hehe. Orang berebut nak grab free sub tu. Setahun sekali kan bukan selalu. Oklah mata dah mengantuk teruk ni baru tadi balik dari “Meh Makan” Johor Buffet Promotion di Pulai Springs Resort. Nanti Ummi share details ya. Okbai!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!