DDHN – Menu of The Day 271019 | Assalamu’alaikum. Menu kami di hari Ahad. Macam penat dah makan ayam je kan so Babah beli ikan bawal hitam lima ekor. Jadi apa yang dimasak tu ek.
Tiga ekor selamat Ummi masak kari.. menu utama Kari Ikan Bawal Menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Nanti Ummi share video acah-acah pro masak kari hahaha.
Telur dadar terpeleot hahaha.
Ulam lettuce. Ummi malas benor nak masak sayur.
Gold Kiwi. Memang kiwi ni kuning bukan kiwi masak ranum hehehe.
Alhamdulillah kenyang anak beranak. Hari Isnin Ummi masak ayam lemak pedas resepi arwah Mak. Tapi malas teruk nak snap gambar hehe. Malamnya anak-anak request nak sweet corn. Maka gigih la Babah ke kedai beli jagung dan Ummi mengukus jagung. Ehhh dah masuk dalam mangkuk dia tanua kenapa tak masuk dalam cup.. kan corn in cup.. hahaha. Itu versi kedai bang.. ni versi Ummi pakai mangkuk also can. Itu saja cerita masak memasak. Okbai!