Tug Boat Sea Trial di Sungai Udang Melaka

Tug Boat Sea Trial di Sungai Udang Melaka | Assalamu’alaikum. Cerita lama. Cerita-cerita Ummi Ilham sedang bertugas. Cehh.. macam handal sangat. At first masa boss arahkan untuk masuk Towage section ni Ummi memang agak gementar juga la. Almaklumlah, dulu study corporate administration, masuk PTP tercampak jadi admin HSE then tercampak jadi admin Marine Services. Kiranya both masih administration task la kan. Tapi kali ni kena acah-acah tahu bahagian teknikal hahaha. Kekonon je. Ummi follow je la tak tahu bertanya ya tak? Jangan BO-SOM! hehehe.

Rombongan Cik Kiah ke Sungai Udang Melaka ni diketuai oleh Capt. Nazer. Lambat sungguh entri ni keluar dah setahun lebih dah Capt. Nazer pun dah transfer Penang Port. By the way, “Happy Belated Birthday Captain! (21 September 2019)”. Semalam whatsapp ex-boss. terharu beliau hehe. Nanti nak JJCM Penang bolehlah contact ex-boss Ummi ni. Tagline beliau “Ini semua duniawi” hahaha. Sempat singgah warung sebelum sampai Sungai Udang. Entah apa nama warung ni.

Boleh tahan sedap Asam Pedas Ikan Kembung ni.

Masa ni lah juga berkenalan dengan Peria Goreng Sedap Dari Teluk Rubiah’s Kitchen. Makan berulam peria goreng sedap ui. Nak order klik entri Ummi tu ya.

Siap makan barulah kami ke jeti. Ummi tak pastilah lupa dah nama jeti ni, yang penting dekat dengan Pantai Puteri kot tak silap.

Menanti bot untuk di transfer ke tug boat.

Ehhh orang nak selfie kena photobomb pulak dengan dua orang tu. Muka tak bersalah heh!

Mok-mok ek Ummi hahaha. Alkisah masa ni tak tahu dah pregnant :p Terima kasih Allah melindungi Muhammad Ilham Syahid dalam rahim Ummi.

Dah selamat masuk dalam bot. Budak baju biru tu macam muka mabuk laut je ek hahaha. Itu masa zaman dia kurus. Sekarang masya Allah. Jeti pun boleh patah kalau dia lalu.. kahkahkah. Yang tengah tu bapa anak 3, pilot tersohor PTP haha. Yang tunjuk thumbs up tu Encik Shukor orang kuat tug boat.

Inilah tug boat yang kami nak buat inspection tu. Naik tug boat fefeeling naik star cruise la hahaha.

Hidung terkembang terpaksa di cover dengan watermark kui3.

Kasi can la simpan gambar kurus.

One for the memory.

Siap inspection dan sea trial. Meh la balik.

Level gembira Ummi memuncak bila tengok langit membiru. I am blue sky lover. Rasa seperti di oversea haha.

Kami singgah solat di Masjid Bilal bin Rabah, Tanjung Kling. Suka betul Ummi tengok seni bina masjid ni. Well, Melaka memang seni bina masjid lebihThen, meneruskan perjalanan ke Pengkalan Pernu, Umbai. Sebelum balik Johor haruslah isi perut dulu. Lapar ui. Dah kenyang nanti baru syok tidur sampai Johor ekekeke. Kat mana kami menjamu selera? Tentulah di Medan Ikan Bakar Pernu. Ni entri makan-makan tu. Bacalah! Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara, Medan Ikan Bakar Pernu. Sedap uolls. Fully recommended!! sebab dah berkali-kali makan kat sini dan masih sedap seperti biasa.

Alhamdulillah lepas makan berdezup driver drive sampai ke PTP semula. Ehhh.. cerita pun tamat. Tapi cerita sea trial di Singapore dan Damen Song Cam Shipyard, Hai Phong Vietnam tak mula lagi. Okbai!

 591 total views,  2 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!