Maskot & Logo Visit Johor 2020

Maskot Logo Visit Johor 2020 | Assalamu’alaikum. Saja nak kongsi Maskot dan Logo sempena Visit Johor 2020. Ummi bukan duta mahu pun ada sign contract denga Tourism Johor hehehe. Ummi adalah rakyat Johor yang bangga nak bercerita tentang keindahan negeri sendiri terutamanya kepada anak-anak Ummi.

Ok inilah dia Maskot Visit Johor 2020. Harimau Malaya yang diberi nama JOH. “JOH The Tiger“. JOH singkatan bagi Johor. JOH melambangkan keberanian dan semangat kebebasan yang dimiliki oleh orang-orang Johor yang tidak akan mudah berputus asa. Comel kan?

Kat tengah-tengah tu logo Visit Johor 2020. Nampak tu ada gambus, alat muzik tradisional yang digunakan untuk persembahan ghazal. Logo Visit Johor 2020 juga termasuk ilustrasi gerbang mahkota Istana Bukit Serene yang menjadi mercu utama negeri Johor.

Memperkenalkan logo Visit Johor 2020!

Dikirim oleh Tourism Johor pada Selasa, 20 Agustus 2019

Sebanyak 20 destinasi termasuk Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Gunung Ledang, Sawah Ring, Pantai Desaru dan Taman Negara Pulau Kukup akan dipromosikan semasa kempen Visit Johor 2020.

Sebanyak lebih kurang 20 acara akan turut dipromosikan dalam tempoh VJ2020 termasuk Festival Chingay, Festival Orchid Johor, Festival Lampu di Little India, Karnival Jambatan Sultan Ismail 2020, Festival Bendang dan Festival Pantai Mersing.

Untuk orang Johor teruskan budaya mesra pelancong dan marilah kita sama-sama menjaga kebersihan negeri kesayangan kita negeri Johor. Semoga bertambah ramai pelancong dalam dan luar negara datang ke Johor sempena Visit Johor 2020 dan juga sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di negeri Johor.

 944 total views,  2 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!