Rawatan MBH Straight Loss Shell di MBH Body Theory Johor Bahru

Rawatan MBH Straight Loss Shell di MBH Body Theory Johor Bahru | Assalamu’alaikum. Hai uolls. Ummi nak kongsi dengan korang pengalaman pertama Ummi membuat rawatan di MBH Body Theory Johor Bahru. Agak-agak korang apa rawatan yang Ummi buat ya? hehe.

MBH Body Theory bersedia untuk membantu korang membuang lemak dan mendapatkan semula bentuk badan yang sempurna idaman setiap wanita. Ianya ditubuhkan oleh Puan Yaya Mohammad. MBH Body Theory menawarkan semua jenis pelangsingan untuk semua jenis badan. MBH Body Theory mempunyai terapi terlatih, produk dan mesin berkualiti tinggi dan juga telah diuji oleh ramai wanita di Malaysia. Banyak juga Ummi dah baca testimoni pelanggan-pelanggan sebelum ni. Rata-rata berpuas hati dengan rawatan ni.

Ok sebelum memulakan rawatan, Ummi perlu mengisi borang Pendaftaran Pelanggan MBH Body Theory. Borang ni memerlukan pelanggan mengisi rekod berat, tinggi, pengambilan air sehari, pengambilan sayur-sayuran serta jadual pemakanan harian.

Seterusnya bermulalah penerangan setiap jenis rawatan, sesi konsultasi dan body analysis oleh therapist bertugas, Cik Mira.

Untuk body analysis Ummi diminta untuk menimbang berat menggunakan mesin penimbang yang telah disambung dengan smart device.

And the result.. taraaaaaaaaaa..

Meraung ui tengok result hahaha. Korang abaikan je la ya apa yang korang nampak tu hehe. Memang Ummi dah pre-obesiti dah ni hehe. Result ni menunjukkan BMI, jumlah air dalam badan, lemak dan lain-lain lagi. Ummi perlu mengurangkan lebih 10kg berat badan supaya BMI menjadi normal semula. Ummi juga perlu increase muscle. Dalam sehari disyorkan pengambilan kalori sebanyak 1374/KCal per day. Setelah berbincang, therapist mengesyorkan Ummi untuk mendapatkan rawatan MBH Straight Loss Shell berserta Sweaty Massage.

Jom baca info berkenaan rawatan MBH Straight Loss Shell.

MBH STRAIGHT LOSS SHELL

MBH STRAIGHT LOSS SHELL ialah rawatan untuk mencairkan lemak luaran dan dalaman dengan menggunakan kaedah spa capsule.

Rawatan Sesuai Untuk:

  • Individu yang mempunyai masalah selulit
  • Individu yang menghadapi masalah lemak yang tinggi dalam badan

Kelebihan Rawatan MBH STRAIGHT LOSS SHELL:

  • Membakar lemak di bawah kulit dan lemak visceral
  • Membentuk badan 
  • Mengurangkan selulit di permukaan kulit

Umur yang sesuai:

Berumur 18 tahun ke atas.

Rawatan Tidak Sesuai?

Wanita hamil
Masalah kesihatan yang kritikal

Penjagaan Selepas Rawatan:

  • Disarankan menggunakan slimming lotion (MBH Burn It Fast)
  • Pengambilan makanan seimbang
  • Tiada pengambilan kafien
  • Pengambilan air putih mengikut berat badan ideal

Disarankan untuk menjalankan rawatan ini 10 sesi selama 1 bulan

Seterusnya Ummi diminta untuk menukar pakaian. Jangan bimbang ya, sepanjang proses rawatan, barang-barang berharga korang boleh disimpan di changing room yang mana menempatkan locker berkunci untuk keselamatan dan keselesaan pelanggan.

Inilah dia Spa Capsule yang membantu mencairkan lemak luar dan dalam. Mula-mula macam seram nak masuk, Ummi ingat kepala sekali masuk kahkahkah. Jangan jakun sangat boleh tak? :p

Hoyeahhhh.. I’m ready!! Sebelum tu therapist membuat sweaty massage. Fuhhhh syok gila. Dah lama tak berurut. Last urut 6 bulan lepas masa bersalinkan Syahid hehe. Therapist yang namanya Qila ni, badan kecil molek tapi tangan power mengurut ui. Kawasan yang difokuskan adalah bahagia peha, lengan dan perut. Rawatan ni memang sesuai bagi ibu-ibu yang baru lepas berpantang. So it’s not too late for me kan hehe. Selepas menjalani proses urutan, haaa moh la kita masuk dalam Spa Capsule.

Untuk kaedah Spa Capsule ni, therapist akan setkan kepanasan dan juga timer. Ummi dibiarkan berspa capsule selama lebih kurang 30 minit. Sempat Ummi tertidur kooooo. Nasib baik tak berdengkur haha.

Setelah 30 minit berlalu, Ummi diminta untuk menimbang semula berat sambil therapist mengambil ukuran peha, lengan dan perut untuk dibandingkan dengan ukuran asal sebelum menjalani kaedah Spa Capsule tadi. Resultnya macam kat atas tu ya. Ada hasil lemak terbakar tercair hehehe. I’m so happy! Ini baru first treatment, bayangkan kalau Ummi completekan 10 kali treatment beserta penjagaan makan dan konsisten bersenam konfem berat Ummi kembali pada yang asal kan hehe.

Sebenarnya Ummi berhajat nak dapat rawatan MBH Fat Melt Away , tapi memandang Ummi baru je 6 bulan bersalin secara ceasarean therapist tak galakkan. Tunggu dah cukup setahun nanti meh la kita cuba. Nyah kau lemak-lemak jahat! hehe.

Rawatan lain yang terdapat di MBH Body Theory Johor Bahru:

  • MBH Flab-u-less – MBH FLAB-U-LESS merupakan rawatan membantu mengurangkan  selulit dan menegangkan kulit, rawatan yang digunakan untuk memanaskan dan membaikpulih tisu-tisu untuk meningkatkan aliran darah dan memecahkan lemak dengan menggunakan alat RF.
  • MBH Froze Fat Fast – MBH FROZE FAT FAST ialah rawatan untuk pengurusan berat badan menggunakan teknologi BTL iaitu melalui proses pembekuan lemak pada kawasan tetentu.
  • MBH Hour Glass Therapy – MBH HOUR GLASS THERAPY ialah rawatan untuk membakar lemak dalam badan, menghilangkan toksin dan membuang air berlebihan yang terkumpul di dalam badan menggunakan kaedah wrapping.
  • MBH Fat Melt Away – MBH Flat Melt Away merupakan rawatan membakar yang menggunakan teknologi terbaru iaitu cavitation dan ultrasound.
  • MBH Fat Breaker – MBH Fat Breaker merupakan rawatan untuk menegangkan kulit wajah dan untuk mengurangkan selulit.

Ummi rasa macam semua pun Ummi nak try hahaha. Ehemmm..ehemmm.. hai Babah.. boleh sponsor tak? hehe. Harap Babah baca entri ni kan ekeke.

Oh ya.. disamping rawatan untuk badan, MBH Body Theory juga ada produk mereka sendiri.

  • MBH LEMONXTRA – Minuman campuran botanik perasa lemon dengan Vitamin C dan Arabic Gum.
    Fungsi: Berfungsi sebagai agen detoks, membantu sistem pencernaan, membantu dalam pembuangan toksin dalam hati.
    Bahan-bahan: Citrus Medica Limonum Extract, Acasia Senegal Gum, Ascorbic Acid (Vitamin C).
    Cara Pengambilan: Masukkan 1 sachet ke dalam secawan air suam. Minum 20 saat sebelum pengambilan makanan pertama setiap hari.
  • MBH BURN IT FAST – Losyen pelangsing yang dirumus khas untuk membantu mendapat bentuk badan yang inovatif.
    Fungsi: Membantu keupayaan badan untuk membakar lemak dengan cepat. Ia juga membantu trasnformasi bentuk badan.
    Bahan-bahan: White Oil, Butyrispermum Parkii (Shea) Butter, Capsicum Frutescens Fruit Extract, Zingiber Officinale (Ginger) Rhizome Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract.
    Cara Penggunaan: Picit sedikit ke tapak tangan, sapukan ke bahagian yang bermasalah contohnya peha, lengan atau perut. Gosok krim selama 3 hingga 5 minit.
  • MBH LET IT MELT – Cecair/pati pembakar lemak untuk membantu keupayaan tubuh dalam proses pembakaran lemak.
    Fungsi: Membantu mengurangkan berat badan terutamanya untuk mengurangkan obesiti pada bahagian abdome.
    Bahan-bahan: White Oil, Cocos Nucifera (Coconut Oil).
    Cara Penggunaan: Sapukan (tiny dots) keseluruh bahagian badan.

Ummi dah aim dua produk ni.. hmmm tunggu gaji. Bakalku sambar nanti hehehe.

Ok, ini antara kemudahan-kemudahan-kemudahan yang terdapat di MBH Body Theory:

Bilik rawatan (mengikut jenis rawatan), bilik salinan, bilik konsultasi.

Ruang menunggu bagi para pelanggan. Sebenarnya Ummi admire gila dengan dekorasi yang simple yet elegant ni. Hiasannya simple je tapi nampak ekslusif. Sambil menunggu turn tu, korang akan dengar alunan muzik yang mendamaikan. Serious.. rasa very relaxing.

Alhamdulillah selesai sesi rawatan pertama MBH Straight Loss Shell dan Sweaty Massage di MBH Body Theory. Thanks Mira dan Qila yang sudi melayan kerenah Ummi Ilhams. Layanan tip top. Staff MBH Body Theory memang ramah tamah ok. Datang pula makcik kampung potpet potpet ni, memang berbual dan bergelak ketawa je la hehehe. Will come again insha Allah!

Untuk korang nak mencuba.. boleh grab promosi di bawah ni ya.

Guaranteed inch loss in 1 session!

Jom cuba hot selling treatment “MBH STRAIGHT LOSS SHEL”

– Instant Result
-Painless
-Lunch hour treatment
-Affordable price
-No side effect

MBH BODY THEORY JOHOR BAHRU

Alamat : 12 – 02, Jalan Padi Emas 1/4, UDA Business Center, 81200 Johor Bahru, Johor.
No phone :018 – 203 7019

Facebook : MBH Body Theory – Johor Bahru
Instagram : @mbh_bodytheoryjb
Website : https://mbhbodytheory.com

 549 total views,  1 views today

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!