Rawatan Hair Grow Vitamin Wash di MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Rawatan Hair Grow Vitamin Wash di MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Rawatan Hair Grow Vitamin Wash di MBH Flagship Boutique Johor Bahru | Assalamu’alaikum. Hai semua, dah baca entri Rawatan MBH Straight Loss Shell di MBH Body Theory Johor Bahru ke belum? Entri ni kesinambungan dari cerita “Me Time” Ummi dihujung minggu. Lepas je buat MBH Straight Loss Shell, Ummi terus ke MBH Flagship Boutique Johor Bahru pula. Dah alang-alang manjakan diri kan, baik kita spend time untuk pakej satu badan hehehe. Itu pun kira limited time, kalau tak nak facial sekali. Next time maybe.

Sesampai je di MBH Flagship Boutique, Ummi disambut oleh tiga dara pingitan ni. Adik comel lote ni adalah Therapist di sini.

Sebelum meneruskan sesi konsultasi dan hair analysis, Ummi minta mengisi borang maklumat pelanggan. Hair Therapist terlatih Cik Fara yang bakal melayan Ummi hari ni.

Hair analysis mendapati ada dua helai uban Ummi ekekeke. Ok so far, Cik Fara kata kulit kepala Ummi kering sikit. Rambut Ummi ni memang sejenis kasar macam berus dawai. Cik Fara bagi tips, supaya Ummi jangan terlalu kerap bershampoo. At least dua hari sekali je. Ummi ni kalau ikutkan hari-hari nak cuci rambut sebab rimas hehe.

Ok lepas je buat hair analysis Ummi dibawa naik ke tigkat atas untuk ke Treatment Room. Treatment Room ni ada dua tau. Satu untuk lelaki dan satu lagi wanita. Untuk pengetahuan korang, MBH menggunakan produk mereka sendiri untuk semua jenis rawatan di sini.

Untuk langkah pertama, rambut Ummi dishampoo dengan MBH Hair Shampoo. Wahhhh syok betul cuci rambut sambil therapist urut-urut kepala bahu. Lega uiii. Rasa hilang penat lenguh semua.

MBH Hair Shampoo – Shampoo bebas kimia SLS untuk “FOLLICLE CLEANSING” daripada minyak & kelemumur.

Seterusnya rambut Ummi dibilas dan disapukan dengan MBH Hair Conditioner. Bertambah-tambah segar rasa petang-petang cuci rambut. Ummi suka lepas pakai conditioner rambut rasa ringan.

MBH Hair Conditioner – Pelembab rambut dengan ekstrak aloe vera & vitamin untuk mengelakkan rambut bercabang.

Next, therapist menggunakan MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic untuk dilumurkan di setiap helaian rambut Ummi. Menurut therapist tonik ni memang sangat bagus diamalkan bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur atau lebih kritikal botak. Ianya membantu menguatkan akar rambut. Sesuai sangat treatment ni untuk Ummi yang memang ada masalah rambut gugur. Lagi lah baru lepas bersalin ni kan. Perubahan hormon buatkan rambut Ummi gugur. Bukan sebab baby dah pandai sembur air liur ya. Itu mitos semata-mata hehe.

MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic – Tonik herba untuk merangsang pertumbuhan rambut.

Last step, rambut Ummi dilumur dengan MBH Hair Repair Silkening Serum bagi membantu menghilangkan masalah rambut bercabang. Untuk mereka yang ada masalah rambut kasar dan kusam elok sangat guna serum ni buat rambut korang cantik bersinar.

MBH Hair Repair Silkening Serum – Serum dari ekstrak
minyak bunga matahari untuk menjadikan helaian rambut 2x LEBIH
SHINING.

Yang nak buat manicure and pedicure pun ada yang di sini.

Againnnn.. Ummi really admired dengan dekorasi ruang menunggu di MBH Flagship Boutique Johor Bahru ni. Nampak simple, kemas dan menenangkan. Kiranya kalau husband yang menunggu wife buat treatment tak lah rasa stress kan boleh berehat santai hehe. Music yang sama dipasang macam di MBH Body Theory memberikan effect tenang dan very relaxing.

Last but not least.. sebelum balik marilah kita bergambar kenang-kenangan bersama Cik Farah. Alhamdulillah selesai sudah sesi rawatan Hair Grow Vitamin Wash di MBH Flagship Boutique Johor Bahru.

Korang yang ada masalah rambut, kulit kepala, kulit muka atau nak buat rawatan medispa bolehlah berkunjung ke MBH Flagship Boutique Johor Bahru. Dijamin puas hati weh. Ummi dan risik-risik lagi minta Babah belanja nak buat facial treatment ekeke. Thanks Babah izinkan Ummi pergi ber’me time’ dan tolong jagakan hero-hero hehe.

Dah korang.. cepat book your slot!

MBH FLAGSHIP BOUTIQUE JOHOR BAHRU

Alamat:
No. 3, Jln Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.

Telefon: 018-776 4670

Website:
https://www.mbhmedispa.com
Facebook:
https://www.facebook.com/butikkecantikanpalingdipercayaijohorbahru/
Instagram:
https://www.instagram.com/mbh_flagship.johorbahru/

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *