VRinity Daya Tarikan Terbaru di Mall of Medini | Assalamu’alaikum. Masih ingat lagi entri Ummi Virtual Reality Centre of Excellence Opening Ceremony at Iskandar Puteri. Ok alhamdulillah Ummi telah berkesempatan untuk mencuba sendiri beberapa game yang terdapat di VRinity Mall of Medini. Meh syiokkkk weh! Nasiblah tak terkeluar semula nasi ayam Ummi makan dek kerana excited berroller coaster hahaha. Plan nanti nak bawa Ilham dan Babah mencuba semua permainan di VRinity ni.
Jom layan short video sepanjang Ummi di VRinity, Mall of Medini.
Hoyeahhhh.. mesti snap satu bukti Ummi was here! hahaha.
Masuk je ke main entrance korang akan jumpa kaunter tiket. Nak main games kena beli tiket dulu ok.
Warganegara Malaysia:
Kanak-kanak (6 – 8 tahun) – RM69
9 tahun ke atas – RM83
Bukan Warganegara Malaysia:
Kanak-kanak (6 – 8 tahun) – RM83
9 tahun ke atas – RM98
Harga bagi satu-satu permainan signature dan permainan lain di VRinity.
Permainan Signature:
Special Force: Ace (4p) – 30 mins – RM75/pax
Black Badge Signal (4p) – 30 mins – RM75/pax
Permainan Lain:
Tobot (1p) – 10 mins – RM35/pax
Taekwon VR (1p) – 10 mins – RM35/pax
Dynamic Theatre (2p) – 10 mins – RM35/pax
VR Sports (2p*) – 10 mins – RM35/pax
World War Toon VR (2p) – 10 mins – RM35/pax
ROOM #1 ( 2p*) – 10 mins – RM35/pax
Ini adalah antara games yang terdapat di VRinity.
SIGNATURE GAMES:
(Sesuai untuk 12 tahun ke atas)
SPECIAL FORCE VR: ACE
BLACK BADGE: SIGNAL
OTHER GAMES
(Sesuai untuk 8 tahun ke atas)
TOBOT VR
WORLD WAR TOONS
VR SPORTS
VR ROOM
Ok jom kita explore satu per satu.
Jumlah Pemain: 1-4 orang
Umur: 12 tahun ke atas
Tempoh Permainan: 5 – 10 minit (setiap pusingan)
Siapa yang suka game tembak-tembak, Ummi syorkan korang cuba Special Force VR: Ace ni tau.
Jangan lupa pakai benda alah ni ok hahaha. Siap dengan baju.
Ummi acah-acah nak menembak ke tu? hahaha.
Syok bebudak tu main tembak-tembak kan.
Leaderboard untuk Special Force VR: Ace.
Jumlah Pemain: 2 – 4 orang
Umur: 12 tahun ke atas
Tempoh Permainan: 9 minit (setiap pusingan)
Game ni berpasukan, korang kena selesaikan misi untuk selesaikan masalah.
Jumlah Pemain: 1 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Tempoh Permainan: 9 minit (setiap pusingan)
Game ni main lumba-lumba sambilmenembak. Bebudak sure suka. Lepas tu korang kena kumpul point di racing track. Korang boleh pilih, sama ada nak pilih kawasan bandar ataupun kawasan persisiran.
Jumlah Pemain: 1-2 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Tempoh Permainan: 3-5 minit
Korang boleh merasai pengalaman menaiki roller coaster atau mini movie secara virtual reality. Ada empat pilihan iaitu Time No Limit, Before Sunset, The Great Wall atau Jeju WindCoaster.
Ummi ready untuk mencuba. Agak-agak korang Ummi pilih yang mana? hehe. Ayat poyonya “Akak nak yang paling mencabar”. So staff tu bagi “The Great Wall”. VR experience of The Great Wall of China.
Ecehhhh.. belum mula memang peace bagai. Dah start, terjerit pulak hehe. Amekawww nak sangat yang mencabar konon. Kena effect angin, gegaran semua sampai serak suara ok. Jahatlah apek dalam The Great Wall Over ek Ummi.
Jumlah Pemain: 1 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Tempoh Permainan: : 3-5 minit
Korang boleh tengok zaman kemusnahan dan juga menjadi penyelamat bumi daripada dihujani meteor dan raksasa. Amacam?
Jumlah Pemain: 1 -2 orang
Umur: 12 tahun ke atas
Tempoh Permainan: 15-20 minit (Setiap pusingan)
Game ni main tembak-tembak juga boleh pilih la karakter-karakter pilihan.
Jumlah Pemain: 1 – 2 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Tempoh Permainan: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Ada 2 VR Room. Game kat sini banyak pilihan. Ada yang adventure, dance memacam lagi lah.
Jumlah Pemain: 1 – 2 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Tempoh Permainan: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Kalau korang suka game sukan, inilah game yang korang perlu cuba. Ada enam sukan pilihan iaitu baseball ,tenis, table tennis, badminton, memanah dan squash. You choose! VR Sport juga ada 2 bilik.
Info setiap permainan korang boleh tengok pada tab yang disediakan di setiap kawasan.
Waiting area.. boleh juga jadi tempat menonton orang-orang lain main game hehe.
Kemudahan locker untuk menyimpan barang peribadi. Kot la korang sejenis hyper bila dapat main game syok sangat sampai tercicir barang-barang kan.. jadi boleh la siap-siap simpan dalam locker.
Kalau korang kehausan setelah berperang main game, jangan bimbang.. ada disediakan vending machine untuk beli air tin. Sediakan saja duitmu hehehe.
Bersama staff VRinity yang sangat membantu. Oh ya kalau korang nak beli merchandise VRinity korang boleh dapatkan di kaunter ya. Kot la nak buat kenangan kan hehe.
Sebelum balik sempat lagi Ummi dan Kak Leen posing depan VRinity hehe. So korang yang datang ke Gelang Patah atau Iskandar Puteri dah boleh la cuba pelbagai virtual reality games di VRinity ni ya. Cepat cuba tau.. dapat harga promosi tu.
VRinity – Virtual Reality Centre of Excellence
Lot G27 – G29,
Ground Floor, Mall of Medini,
No. 4, Lebuh Medini Utara,
Medini Iskandar Malaysia,
79250, Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim
.
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad (10AM – 10 PM)
+607 553 9821
Website: https://vrinity.com
Facebook: https://www.facebook.com/vrinitymalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vrinitymalaysia/
VRinity opens daily from 10am until 10pm. Bookings can be made via www.vrinity.com or contact number +607-567 8901.
Tak sabar nak pergi Isnin ni …nak try semuanyaa…
hehehe cubalah.. syok..