Promosi Buffet “Nyonya Pergi Makan” di Pulai Springs Resort

Foods Review

Promosi Buffet Nyonya Pergi Makan di Pulai Springs Resort | Assalamu’alaikum. Cerita minggu lepas. Ummi bawa hero-hero kesayangan dinner di Cinta Terrace Restaurant, Pulai Springs Resort sempena “Promosi Buffet Nyonya Pergi Makan”.

Nyonya Hernee dah pergi.. korang bila lagi? hahaha. “Mr. Hernee” pun boleh la ya.. hahaha.

HARGA PROMOSI BUFFET “NYONYA PERGI MAKAN” CINTA TERRACE RESTAURANT, PULAI SPRINGS RESORT.

Dewasa – RM35.00 nett

Kanak-kanak (4 – 12 tahun) – RM17.50 nett

Full house ok. Ramai betul nyonya pergi makan hehehe. Memang penuh orang.

Ini antara gambar-gambar yang sempat Ummi snap. Almaklumlah, mak beranak kecil hehe.

Mee Rebus corner.

Asam Pedas corner.

Aneka menu penambah selera seperti budu, sambal belacan, sambal kicap dan cencalok. Menu utama makanan berat-berat Ummi boleh terlupa nak snap hahaha.

Aneka kuih-muih.

Aneka air sejuk dan panas. Air panas side lain Ummi tak snap.

Pinggan pertama Ummi. Kuey Teow Goreng, Rendang Daging dan Sayur Chap Chai. Ummi tak makan nasi katanya haha. Rendang daging tu sedap gila. Kalau la ada lemang atau pulut kuning tu memang sedap hehe. Ehhh tetiba nyonya nak masak lemang hahaha. The Ilham pilih lauk ayam yellow diorang la apa lagi. Kat rumah ayam yellow kat sini pun nak ayam yellow.

Banyak jenis kerabu ada. Kerabu sotong, kerabu mangga, kerabu betik, kerabu taugeh dan kerabu sengkuang. Semua Ummi test haha. Paling best kerabu sotong tu ha. Sotong gemok dan fresh. Siap buat rojak DIY lagi hahaha.

Inilah barisan Baba yang menemani Nyonya Hernee haha. Dari kiri Baba Syahid, Baba Ilham, Baba Nazir dan Baba Syamil.

Aktiviti mesti buat bila jumpa geng JDT Blogger ialah wefie eventhough masa tu ko tengah huru-hara ke apa sila sempatkan diri.

Wefie bersama Mak Inche Serikandi Tanah Jauhar.

Wefie bersama Sunah Suka Sakura, Ustazah Comel dan Ilham Syahid.

Dah makan jangan lupa join contest ni ya.

‘NYONYA PERGI MAKAN’ FACEBOOK CONTEST

  1. Snap gambar korang tengah makan buffet Nyonya Pergi Makan.
  2. Post gambar di facebook dan tag PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR BAHRU.
  3. Hashtag #NyonyaPergiMakan

Korang berpeluang memenangi hadiah misteri. Seorang pemenang akan dipilih dan diumumkan pada 20 September 2019.

Ublntuk pengetahuan korang sepanjang September dan Oktober ni ada promosi DIY (Do It Yourself) BBQ. Kot la korang ada plan nak buat gathering ke kan boleh la buat kat Pulai Springs Resort. Kat bawah:

PAKEJ DIY BBQ PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR BAHRU

Pakej 1 – RM80 nett (untuk 2 orang)

Pakej 2 – RM160 nett (untuk 4 orang)

Pakej 3 – RM250 nett (untuk 6 orang)

Kalau korang nak buat reservation, boleh contact nombor yang Ummi sertakan.

PULAI SPRINGS RESORT

20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor Bahru, Johor.

Telefon: +607 521 2121 Fax: +607 521 1818

Email: enquiry@pulaisprings.com

Website: www.pulaisprings.com

Facebook: Pulai Springs Resort

Instagram: @pulaispringsresortjb

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!