DDHN | Random Cooking #8

DDHN | Random Cooking #8

DDHN | Random Cooking #8 – Assalamu’alaikum. Dah lama Ummi post menu-menu Dari Dapur Hernee Nazir (DDHN) ni kan. Bukan apa kekadang tu sempat edit gambar je, post pun kat status whatsapp tak dan nak membebel kat blog hahaha. Ok post ni Random Cooking yang siri ke 7 last Ummi update 2014 hahaha.

Tayang menu je ok.. resepi gaya ke apa next time hehe.

Kimchi Jjigae salah eja pulak pada gambar tu hehe. Sup kimchi ni Ummi masak Sabtu Sabtu lepas. Bedal sesorang masa tengah panas fuhhhh sedap. Bahan apa yang soft tofu je tak ada, tak kisah lah janji daging, kimchi, gochujang semua ada penyedap rasa.

Asam Pedas Ikan Sembilang. Ikan Sembilang shopping di Pasar Kg. Pendas Baru. Ikan fresh from the sea. Ini lauk sedih kata Ilham hehe. Sedih means dia terharu kalau Ummi masak. Biasanya kalau masak asam pedas ikan sembilang Ummi akan bubuh lada hitam. Barulah auwmmmm sedapnya.

Lala Goreng Halia masak saing-saing Asam Pedas Ikan Sembilang. Beli di Pendas juga. Sedap masih fresh. Manis gitu rasa lalanya.

Sambal Udang favourite The Ilhams. Bila entah masaknya lupa dalam tiga empat minggu lepas kot.

Tomyam Udang for life hahaha. Sekarang Ummi guna pes tomyam yang dari Thailand tu. Mantap rasa dia. Ummi dah suka amat masak tomyam bubuh santan. Kalau dulu tak berkenan di hati hahaha. Sekarang senyap-senyap Ummi bubuh santan bukan diorang tahu pun ekeke. Ehhh semalam ada budak request tomyam la. Hmmmm..

Mixed Vege with Kimchi. Nama nak gempak. Padahal sayur campur letak kimchi je hahaha. Ummi memang suka gila kimchi dan daun bawang banyak. Tambahan pula ada enoki mushroom dan shitake mushroom ratah macam tu pun jadi.

Daging Blackpepper gaya cincai dimasak oleh Ummi Ilhams. Tapi yang cincai ni yang sedap tak sangka Ilham suka. As usual Ummi mesti selit daun bawang dan mushroom baru sodap hehe.

Oklah mata berat pulak rasanya. Bestnya kalau dapat tidur saat ni hehe. Sebelum Ummi merapu teruk better stop. Till then, babai!

126 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “DDHN | Random Cooking #8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!