
Merdeka Day Giveaway Beli 6 Percuma 2 di Sushi King Seluruh Malaysia
21 Ogos 2019 – 31 Ogos 2019
Sushi King Seluruh Malaysia
10.00 pagi – 10.00 malam
Untuk semua peminat Sushi King, sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun, Sushi King di seluruh Malaysia mengadakan Merdeka Day Giveaway Beli 6 Percuma 2. Haruslah Ummi ajak Geng Jumaat terjah hehehe.

Ehhhh.. syhhhhhhh.. sebenarnya malam tadi kami 5 beranak dah melawat kawasan Sushi King Puteri Harbour dah hehe. Tak pastilah siapa inform budak dua ketul ni yang Babah dan Ummi dah gaji hehe. Syahid duk perhati je perangai abang dua ketul tu.

Anak Hernee dan Nazir je ke yang makan bento kemain meriah guna tangan? hahaha. Sejak dah pandai bersushi ni kemain nak ajak holiday kat Japan. Hmmm tunggulah tabung ayam Ummi Babah penuh. Mahu makan tahun tu ui. Silap-silap Ummi dah kembali ke rahmatullah hahaha.
Okbai! Jangan lupa Sushi King Merdeka Day Giveaway Beli 6 Percuma 2.
habislah dah tau dah bila umi babah dia gaji…
kebetulan je tu..babah pun layan
Ok nnti kita terjah sushi king, lama tak pekena sushi dah ni. Kebetulan ada promosi singgah jap la hehe
hehehe sempat tak tu singgah hehehe
hahahahha woiii kelakar betul ayat last tu…bahahahhahaha!!!!
eee, ada rezeki, ada la kak…insya’Allah…saya doakan moga murah rezeki untuk akak sekeluarga jejak Jepun..ameen!
aamiin mudah2an..negara paling teringin nak gi..babah dia dah sampai sana memang kata syok benor..