PTP 2019 Hari Raya Aidilfitri, Ngiling Bidai & Pesta Kaamatan Celebration | Assalamu’alaikum. Cerita raya lagi? kahkahkah. Ada mak kesah. Sikit je lagi promise!
Ini cerita sambutan hari raya di PTP tempat Ummi dan Babah kais pagi makan pagi kasi petang makan petang. Event ni adalah gabungan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Ngiling Bidai & Pesta Kaamatan Celebration. Almaklumlah PTP ni staff nya pelbagai kaum dan ramai juga dari Sabah dan Sarawak. Jadi marilah kita bergabung meletops hehe.
Pembuka majlis, marhaban diketuai oleh Imam dan barisan jemaah Surau At-Taqwa PTP. Lepas tu ada persembahan zapin dan band yang mana makcik tak berapa nak fokus sebab makcik nak fokus pada makanan haha.
Bila makanan dah depan mata ko rasa dapat makan terus ke?
No way! Sila bergambar dulu ekeke.
Ohhh by the way, kami semeja ni semua orang-orang Marine Services Department hehehe. Awal-awal je mixed with budak-budak Operation Department. Mana meja kosong duduk je lah ye tak. Sebumbung kot jangan sombong hehehe. Hujung-hujung ada boss HR join hehehe.
Next jom tengok Ummi makan apa hahaha. Oleh kerana gabungan sambutan perayaan maka menu pun bercampur jugalah ada menu Semenanjung dan menu Sabah dan Sarawak.
Macam biasa menu raya.. ketupat, lemang, rendang daging dan sambal goreng jawa pilihan Ummi.
Next teringin sangatkan nak cuba Laksa Sarawak sempena membeli Pes Laksa Sarawak Haji Manan hahaha. Ohhhh begini rasanya. Pes kat rumah dua bungkus tu entah bila nak masak ui.
Laksa Johor. Tak Johor la tak makan Laksa Johor hehe.
Mee Sup Sabah. Not bad.
Mee Kolok Sarawak. Menu Sabah dan Sarawak tu first time Ummi cuba. Sebelum ni masa family day ada tak silapnya tapi tak tercuba pulak hehehe.
PTP belanja makan durian uolls. Mantap duriannya hehehe.
Sebelum balik meh la kita bergambar kenang-kenangan di photobooth ni.
Mula-mula sorang la.
Tup-tup ada pulak peminat datang mintak Ummi bergambar dengan dia ekeke. Kasi can lah romantikus dengan peminat Ummi kejap hehe. Actually, Babah makan dengan geng-geng department dia, Ummi dengan geng Ummi la.
Ahhh sudah, peminat Ummi tadi pun ada peminat dia juga nak ajak bergambar. Ehh layankan je la hehe.
Agak penat juga lah petang tu layan peminat-peminat nak ajak bergambar. Nak tolak takut diorang kecewa hahaha. Kita tunaikanlah permintaan diorang. Perasan betul Ummi ek. Terima kasih lah korang terpaksa baca ayat-ayat perasan ni hahaha.
Ok that’s all untuk PTP 2019 Hari Raya Aidilfitri, Ngiling Bidai & Pesta Kaamatan Celebration. Jumpa lagi untuk sambutan tahun depan. Babai!
Raya Aidilfirti? Owang dah Aidiladha ni Her hahahaha
Banyaknya cite raya dia hehehee