Rezeki Dari Sunah Suka Sakura | Asssalamu’alaikum. Siapa dia Sunah Suka Sakura ni? Awek Jepun kah? hehehe. Sunah ni one of Geng JDT Blogger. Alhamdulillah berderet-deret rezeki Ummi dari Sunah. Thanks Sunah.
Rezeki pertama Ummi dapat melalui GIVEAWAY DETTOL BY SUNAH SUKA SAKURA. Alhamdulillah dapat tiga produk Dettol seperti di atas. Body wash tu dah nak surut dah dikerjakan dek The Ilhams.
Rezeki kedua, Ummi dapat captured pageviews ke 2,000,001 blog Sunah Suka Sakura. Sebenarnya Sunah nak viewer ke 2 juta tepat atau paling terdekat hehehe. Ummi tak dapat tepat dapat terlebih satu angka je haha. Kebetulan masa tu tengah menghadap PC, jadi gigih la Ummi refresh kahkahkah. Nak tahu apa rezeki Aidiladha yang Ummi dapat?
Taraaaaaa.. 5 slices of Kek Lapis Sarawak Selera Sakura di tangan Ummi. Purely made by Sunah The Sarawakian. Of course resepi asal dari Sarawak la kan. Ummi ingat dapat satu je sekali kemain banyak Sunah bagi. Ada 4 flavour ok. Segan pulak rasa hehehe.
Kek Lapis Sarawak Selera Sakura – 16 September
Wow ke tak wow.. colour pun dah menarik apa lagi rasanya. One of my favourite hehe. Ummi teringin nak tahu sejarah nama kek lapis “16 September” ni. There must be a special reason behind its name rite? hehe. Sunah tolong jawab ekeke.
Kek Lapis Sarawak Selera Sakura – Impian Kasih
Yang ni pun sodap. Sebenarnya Ummi suka kek lapis sarawak yang rasa lemak berkrim hehe. Konfem laju Ummi bedal.
Kek Lapis Sarawak Selera Sakura – Tembikai
Kek Lapis Sarawak Tembikai ni ada 2 slices. Separuh Ummi dah share makan kat office. Sekejap jek langsai hehehe. Satu slice bawa balik rumah stok cemil-cemilan di rumah.
Kek Lapis Sarawak Selera Sakura – Rempah
Seumur hidup Ummi tak berapa gemar makan kek lapis rempah. tapi bila cuba kek lapis rempah Sunah ni sedap pulak hehehe. Ngengada lebih tekak Ummi ni kan. Overall, Ummi rasa memang Selera Sakura ni pakar lah dalam kerja buat membuat kek lapis Sarawak. Seingat Ummi pun raya haji tahun lepas Ummi ada order sebuku Kek Lapis Sarawak Sunah Sakura – Oreo. Memang sedap dan recommended tau. Well, Ummi kan suka kek lapis yang lemak berkrim hehehe.
Inilah si pembuat Kek Lapis Sarawak Selera Sakura yang sedap tu. Thanks Sunah sampai ke PTP tau hantar kek untuk Ummi. Thanks sudi berkongsi rezeki. Semoga selamat pulang beraya haji ke Kedah. By the way, belum terlambat lagi nak wish “Happy Birthday” semoga bisnes Sunah bertambah maju ya. Thanks juga rajin update website JDT Blogger hehe.
Bukan kek lapis je tau, beraneka lagi kek yang Sunah jual. Brownies pun ada. Sekali rasa brownies Sunah pasti nak lagi. Serious beb! Bukan bodek tau Sunah hehehe.
Ok korang kalau nak blog walking ke blog Sunah boleh klik link kat bawah tu ya. Nak view beraneka jenis kek dan brownies pun boleh klik Facebook Selera Sakura dan Instagram Selera Sakura ok.
Boleh contact nombor di bawah ya:
013-719 5968
Hahahhaha macehh kak H..terharu baca entri ni..baru berkesempatan nak baca hari ni 😂
16 september tu sebab masa tu terfikir nak buat promo kek lapis sempena hari Malaysia..so, jadi la kek lapis ala2 bendera Malaysia 😆
sama2.. oo kisahnya tu.. jadinya next monty birthday kek ni la ek hahaha..