The Ilhams Ronda-ronda Forest City
btf

The Ilhams Ronda-ronda Forest City

The Ilhams Ronda-Ronda Forest City | Assalamu’alaikum. Cerita minggu lepas, bila Babah tak ada ke Mersing untuk Mersing MTB Jamboree 2019 maka anak-anak pun boring stay kat rumah. Ehhh anak-anak ke emaknya? hehehe. Dua-dua pun samalah.

Ummi pun macam kurang sihat. Jadi Ummi mampu bawa diorang ronda-ronda Forest City jek lah. Paling dekat dengan rumah dan kurang sikit huru haranya berbanding kalau nak bawa meronda AEON Bukit Indah. Alasan mak kau kan hahaha.

Macam biasalah weekend for sure ramai orang. Tapi who cares..hahaha. Kami buat hal kami la empat beranak. Abang-abang main kat playground, Syahid macam biasa masuk kantung hehehe.

Tengok gambar acah-acah bercanda di pasiran pantai sangat kan.

Tak pasti ada event apa, tapi ramai la orang-orang duk kat cabana and tent tu. Ilham sibuk nak ke situ Ummi sempat larang hehe.

Nampak tu abang-abang kalau ada mood nak bergambar, baru la nak bergaya posing, kalau tak ada mood jangan harap.

Hasil gambar Abang Ilham snap. Kelihatan Ummi semakin pendek dibuatnya.

First tiem Syahid sampai ke Forest City. Redho je la dik.

Ronda-ronda sempat Ummi snap pokok cantik lanskap Forest City ni. Mak kau kalau jumpa pokok macam separuh gila kejap hahaha.

Last pose before Ummi kena pujuk singgah Marry Brown. Abaikan tudung kembang tu, angin kuat ui.

Nampak tu anak-anak Encik Nazir macam kelaparan mak dia tak masak akt rumah gayanya. Padahal dah makan nasi. Bersungguh heh muka makan hahaha. Ummi orderkan dorang kids meal ke apa nama entah dapat botol air sorang satu.

Nampak tu kegigihan seorang mak nak makan ayam goreng Marry Brown hahaha. Sebelah pegang anak sebelah lagi makan apa ada hal hehehe. Anything can lah. Abang dua ketul tu tetap mengunyah. Adik Syahid sibuk nak usha kakak Marry Brown. Lepas sesiap makan kami pulang ke sarang. tapi ada budak tak puas hati sebab Ummi tak ajak ronda mall dan sales gallery. Ummi cakap nanti je datang lagi hehe. Ok tu je cerita mak bawa hero-hero ke Forest City.

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. rajinnya keluar meronda ber4. kalau kite memang tak la kannn.. kakkkk.. kite x penah pegi lagi forest city tu.. asyik sesat je gi sana.. haha

    • Hernee Nazir

      hahaha akak on jek kalo anak2 behave hehe.. meh la gi sini.. blh akak join sekali hehe.. kot nak gi call kalo tersesat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *