Abang Ilham Pecah Rekod 8 Tahun

Abang Ilham Pecah Rekod 8 Tahun

Abang Ilham Pecah Rekod 8 Tahun | Assalamu’alaikum. Kalau tengok tajuk, sah-sah la cerita ni refer kepada Abang Ilham. Alhamdulillah tahun ni banyak perubahan selera dari beliau ni. Kalau uolls memang follow blog Ummi mesti dah lali dah tengok Ummi post lauk ayam red (ayam masak merah or asam pedas ayam), ayam yellow (ayam masak lemak cili api) dan ayam orange (ayam kari). Semua lauk tu dia yang bagi nama sendiri sejak dia berumur 4 tahun. Memang tekak melayu sesangat nak nasi juga tak boleh tidak.

Sempena umur dia menjangkau 8 tahun bulan lepas, Ummi perhatikan banyak sangat perubahan yang dia buat in terms of makanan la. Jom tengok makanan apa yang buat pertama kalinya dia jamah sepanjang hidup hehehe.

IMG_20190612_201816

 Cubaan memakan buah durian. Siap pegang dada ok. Takut sangat dia termuntah hahaha. So far dia kata sedap. Setiap kali Babah beli durian dia dah boleh la makan seulas dua. Not more than that. Achievement unlocked!

IMG_20190612_202641

Next.. malam yang sama. Lagi Ummi tak percaya tau. Dia cuba makan Kimchi Jjigae haha. Sedap dia kata macam tomyam. Lagi pula ada rasa spicy lagi la dia suka. Another achievement unlocked!

IMG_20190618_210323

Next.. masa beraya rumah BFF dia, Aqil tetiba dia nak cuba makan Laksa Johor. Ummi layankan je. Lepas tu dia cakap kat Ummi, “Ummi nanti boleh tak Ummi buat laksamana” kahkahkah. Laksamana pun boleh lah nak.

IMG_20190617_200536

Next.. keinginan nak mencuba sushi yang membuak-buak. Ummi layankan saja. Bila sampai Sushi King ehhhhh memang betullah dia makan hahaha. Sejak dah pandai makan sushi asyik la duk ajak ke Sushi King. Adoiiii senak perut Ummi Babah hahaha. Syamil pun dah jangkit suka sushi. Achievement unlocked!

IMG_20190619_202241

Next.. dia kata nak minum air coke.. kebetulan ada air coke sebotol Babah beli. Ummi tuangkan sikit. Sekali dia dah rasa terus muka berkerut hahaha. Dia memang tak pernah minum air gas haha. Dari feedback minum air coke, dia kata dia tak suka. Ok sound good. Ummi pun tak galakkan, better minum air masak macam biasa. Sekarang kalau makan luar dia akan order air sirap. Tapi air sirap yang dia suka mesti sama standard air sirap Ummi buat kat rumah hmmmm.

Lastttttt but not least. Dulu beliau tak suka pakai jam. Masuk Tahun 2 Babah hadiahkan jam Casio ni mudah untuk dia tengok jam bila dia main di luar rumah. Sebab biasanya Babah akan limitkan masa, dan dia perlu alert pukul berapa kena berada di rumah especially bila main waktu petang. Dalam pukul 6.30pm atau selewat-lewatnya 6.45pm dia kena balik sebelum maghrib. Bila dah suka pakai jam, makan 24/7 jam melekat kat tangan dia hahaha. Boleh hitung la berapa kali je dia buka jam tu tau. Sepanjang masa dia pakai jam ok. Babah kata, Babah terharu sebab Ilham menghargai hadiah pemberian Babah hehe.

Itu je lah bebelan Ummi tentang rekod yang dah dipecahkan oleh Abang Ilham ni. Setakat ni memang slowly Ummi dan Babah akan exposekan dia dengan makanan-makanan yang sebelum ni dia tak suka atau tak makan. Ummi Babah memang selalu pesan pada The Ilhams “Jangan cerewet, makan je apa yang Ummi masak.. belajar bersyukur”. Sebab abang dua orang ni ada selera yang berbeza, Abang Ilham suka pedas.. Abang Syamil tak suka pedas but lately he trying to eat spicy food la. Good achievement Abang Syamil. At least he tried walaupun berpeluh-peluh tahan pedas hahaha. Sekarang pesanan Ummi bertambah, “Ilham & Syamil kena belajar makan banyak makanan sedap-sedap kat dunia ni, nanti kalau belajar jauh-jauh Ummit tak ada nak masakkan, jadi kena makan je apa yang ada”. Muka masing-masing nampak redho haha harap betul-betul redho la ya. Ok nanti Ummi share lagi new achievement abang-abang ni ya. Babai!

120 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!