PTP Finance Team Tug Boat Tour (Batch 1)

Ummi Ilham at Work

PTP Finance Team Tug Boat Tour (Batch 1) | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah lawatan sambil belajar ke Tug Boat Kejora PTP 81 bersama PTP Finance Team (Batch 1) dah berlangsung dengan jayanya hehe. Eh skema no ayat. Lagi satu macam banyak sangat batch nya haha. I am really sure diorang enjoy gila dapat tengok the real tug boat and dapat tengok how the tugs working. Tug boat ni adalah tug boat 80 tonnes bollard pull dan baru sahaja beroperasi lebih kurang 6 bulan di PTP. 

IMG_20190718_092946

Inilah orang-orang kuat Finance yang selalu berurusan dengan Ummi. Nak naik tug boat kena pakai life jacket tau hehe. Tengah-tengah tu boss diorang Kak Mira yang comel and soft spoken. Bila berbual dengan Kak Mira ni kan, Ummi yang bersuara besar ni rasa terus auto tune volume sendiri hahaha tak tergamak nak cakap kuat tau. Kak Mira ditemani oleh 2 dayang dan 2 hulubalang.  Dua orang dayang tu Farhana dan Faaezah geng surau Ummi juga hehe. Dua orang hulubalang tu Syukri & Faizal. Kami plan untuk follow tug boat yang bekerja untuk inbound vessel, maknanya kapal yang masuk ke PTP. So here we go!

IMG_20190718_093401

Sebelum menerokai setiap sudut tug boat marilah kita posing dulu ekeke.

IMG_20190718_093422

Bukan senang tau nak bawa diorang ni makan angin kat PTP ni. Diorang ni super duper busy punya staff hehe. Oleh kerana rental and fuel tug boat ni related dengan diorang tu yang diorang kena tahu la semua ni kan.

IMG_20190718_095617

Lawatan ke dalam tug boat sehingga lah ke bahagian engine room. I am not the expertise la nak explain on the technical part. Operation Manager dan crew tug boat yang bertugas ada membantu.


IMG_20190718_103931

Kita posing kat bridge pulak.

IMG_20190718_100930

Bapak Shahrir tengah berceloteh. Eh ini Malaysian bukan Indonesian ekeke. Mati la kalau dia terbaca. Nampak pelawat itu sangat fokus.

IMG_20190718_103945

Muka mabuk ke apa ni? hahaha.

IMG_20190718_104003

Tug boat dah bergerak menuju ke kapal. 

IMG_20190718_104154

IMG_20190718_104210

Merenung masa depan ke tu? ekekeke.

IMG_20190718_104223

Ini dua orang bodu guard Ummi, Wan Zul dan Mizan assistant, geng makan, geng gaduh, geng bahan membahan.

IMG_20190718_104322

Nampak tu satu lagi tug boat yang bakal bekerjasama dengan tug boat yang kami naiki.

IMG_20190718_104301

Tug Master Kejora PTP 81. Orang penting pengendali tug boat.

IMG_20190718_104633

Itulah dia kapal yang dinanti. Lepas tengok kapal bertugas, kami diajak mengisi perut hehehe.

IMG_20190718_111038

Posing dulu sebelum makan. Makan apa?

IMG_20190718_110905

Special request hahaha.. bakwan aka jemput-jemput sayur. Sedap hahaha. Lepas siap makan naik semula ke bridge.

IMG_20190718_122401

Kapal dah siap berthing, kami pun dah siap makan. Jom test Fire Fighting System atau nama manjanya FiFi. In case berlakunya kebakaran, FiFi ni berfungsi untuk memadamkan kebakaran.

IMG_20190718_123726

Settled tug boat tour untuk group pertama. Insha Allah esok batch kedua. Kita naik tug boat 65 tonnes bollard pull pulak.

IMG_20190719_160050 (1)

Ummi nak juga wefie sebelum kami transfer naik pilot boat. Muka terpaksa dikaburkan takut ada yang sawan bila tengok nanti hahaha.

IMG_20190718_124500

Dapat capture Faeezah nak melintas dari pilot boat ke pontoon. Budak ni mabuk senoneng masa atas tug boat hehe. Ok settled dah. Thanks ya korang semua atas kerjasama. Kalau nak naik lagi boleh contact boss kami hahaha.

Till then, babai!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!