Sandiwara Cover by Ilham Syamil

Sandiwara Cover by Ilham Syamil | Assalamu’alaikum. Saja Ummi nak simpan buat kenangan bakat terperam hero Ummi yang sorang lagi ni. Semenjak Ceria Megastar Ministar dah bermula, dia dan Abang Ilham tak pernah miss setiap episod. Ulang tayang pun dia tengok lagi.

Peserta yang diorang suka Aliff dan El. Lagu Sandiwara (Xpose Band) yang Aliff nyanyi masa minggu ke 3 memang jadi favourite The Ilhams. Berebut-rebut nak menyanyi. Abang Syamil macam biasalah tak lepas dengan microphone emas dia tu.

Korang tengoklah tu gaya dia nyanyi. Mula-mula Ummi nak rekod full video. Sekali tengah syok member tarik suara, bateri low daaaaaaa. Bengang je muka dia hahaha. Kalau orang yang jumpa Abang Syamil ni tau la dia ni karakternya macamana. Sejenis pemalu dan pendiam. Tapi bila dapat mic amboiii hilang malu dia. Tambah lagi bergaya sakan tarik suara. Sampai serak-serak suara demi nak nyanyi lagu ni tau.

Ummi layankan je. Saja latih dia untuk build confidence. Sekurang-kurangnya nanti dah sekolah hilang ghaib rasa malu nak berkomunikasi dengan kawan-kawan dan cikgu. Uolls kalau nak tengok konsert full boleh beli tiket dengan Ummi ya ekekeke.

Okbai!

73 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Sandiwara Cover by Ilham Syamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *