
Semi-final Pertama ‘The Face of Healthy Beauty’ di Johor Bahru | Assalamu’alaikum. Guardian Malaysia sedang mencari EMPAT wanita, yang paling sesuai sebagai ‘Face of Healthy Beauty’. Pusingan separuh akhir pertama telah diadakan di Johor Bahru pada 16 Jun 2019.
Semua 25 peserta separuh akhir bersama para hakim ‘The Face of Healthy Beauty’ (t-shirt oren).
Tempat di mana para peserta menunjukkan bakat masing-masing.
Guardian juga membuka booth menjual produk-produk penaja seperti seperti Bio Essence, Blackmores, Garnier, L’Oreal Paris, Maybelline, Nivea, Safi & TRESemme. Semua produk dijual paa harga diskaun. Memang diskaun kaw-kaw ok.
Barisan para peserta dah mengambil tempat masing-masing.
Emcee of the day.. beautiful lady Nadia Heng.
Untuk sesi pertama, sesi pengenalan. Setiap peserta akan dipanggil ke atas pentas untuk memperkenalkan diri. Sesi kedua lebih mencabar peserta diundi untuk menjawab soalan-soalan berkatan healthy and beauty.
Next.. peserta menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang solekan.
Nampak tu kemain cantik masing-masing dengan skill solekan tersendiri.
Dan di akhir program.. hanya empat orang peserta yang terpilih.
Empat peserta finalis dari Johor Bahru: (dari kiri) Yasmin Binti Khalid, Sim Yun Jiew, Wienda Hidayu Binti Harun dan Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman.
Maklumat peribadi mengenai empat finalis pertama ini boleh didapati di laman web peraduan di https://theface.guardian.com.my.
Pertama kali Ummi bawa Ilham Syahid join event. Dua heri je la jadi body guard Ummi. Abang Ilham sekolah, Babah yang uruskan.
Samopai ngantuk Abang Syamil tu ha.
Of course lah atas bantuan Mama Cu yang nak ke Sephora. Kalau tak Ummi dah plan nak naik grab je hehehe.
Bersama adik-adik JDT Blogger, Sunah, Ain dan Iman. Kami 4 ketul je la blogger JDT yang ada hehehe.
Thanks Guardian for the gifts and voucher. Tak sabar nak redeem hehehe.
Leave a Reply