Persiapan Jamuan Raya Marine Services & Corporate Assurance | Assalamu’alaikum. Ya raya dah habis. So what? hahaha. Banyak lagi cerita raya Ummi yang terkelendat hahaha. Ini cerita persiapan deko cincai boncai untuk jamuan raya department kami.
Nampak tu gigih kami bergotong royong menghias office. Sebelum tu lunch hour Ummi dan Jijah ke Mr. DIY mencari barang-barang nak deko. Kesian kitorang, Mr. DIY dah simpan dah barang-barang deko raya. Tapi kitorang peduli apa, Ummi kerah je staff dia keluarkan semula hahaha. Jadinya tak perlu kesiankan kitorang, sila kesiankan staff Mr. DIY sebab kena kerah dengan Ummi hahaha.
Mula-mula pasang SELAMAT HARI RAYA ni.
Lepas tu gigih pasang lampu lip lap ni. Siap cabut segala extension wire punyalah excited nak hidupkan lampu ni. Actually lampu ni yang diorang display. The lastttttttttttttt stock. Oleh kerana Ummi nak juga yang ni, maka staff Mr. DIY dengan redhonya mencabut untuk kakak-yang-buat-muka-sedih ni hahaha.
Haaaa nampak.. tutup lampu nampaklah lip lap nya. Satu set RM20.
Ummi ni terlebih rajin pulak nak buat props stick ni. Tapi officemate jadi mangsa la tolong laminate dan gunting hahaha. Tak siap Ummi angkut bawa balik sebab stick tu memang Ummi ada simpan kat rumah untuk aktiviti The Ilhams. Kita sakau la 13 sticks hehehe.
Display Towage Section ni kita buat simple poster khas untuk jamuan raya. Siapa yang buat? Ummi lah hehehe.
Ini meja untuk makanan utama. Alas meja tu sebenarnya langsir rumah Ummi ekeke. Kita kasi pinjamlah buat alas meja, lagi pun dah lama tak pakai pun. Langsir arwah nenek dulu.![]()
![]()
Sebelum balik, kita selfie kat lampu lip lap. Dah ada tambahan nama department. Kata orang yang buat tu, itu versi 3D. Ye lah tu.. 3D la sangat.
Esok paginya, sempat lagi Kak Fina dan Kak Miza tolong sambung pasang huruf-huruf kat board Ummi tu. Ummi tak sempat siapkan sebab tengah duk nyusun Syahid dah menjerit nak susu. Siap susu Ummi punya mata dah berat yang amat. Maka tertidurlah Ummi sampai ke pagi.Nasib stick dah siap tampal hahaha.
Sebenarnya board ni Ummi belikan untuk Abang Ilham dan Abang Syamil. Tapi Ummi pinjam dulu untuk jadikan props ni photobooth raya hehehe. Gambar photobooth tu tunggu next entry ya.
Ok stay tuned. Gigih hoi update blog time weekend.
![]()

Pingback: Jamuan Raya Marine Services & Corporate Assurance Department – HERNEENAZIR.COM