Ramadhan 2019 – Day 28

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 2019 – Day 28 | Assalamu’alaikum. Sambung cerita Ramadhan ke 28. Ikut plan asal, kami malas nak bersesak-sesak ke mall di hujung-hujung Ramadhan. Tapi dek kerana terbabas sahur dan nak memujuk budak puasa tu, jadi kami berbuka di luar dan of course pilihan budak itu di Restoran Johhny’s. Pukul 5pm Ummi dah book sesiap, lepas tu kami ke BBU kejap.

IMG_20190602_190640

Taraaaaa.. steamboat kegemaran kami sekeluarga. a

IMG_20190602_190655

As usual, my special baby tu memang layan mata je. Alhamdulillah anak Ummi behave sesangat. Abang Ilham tu muka tak sabar nak berbuka.

IMG_20190602_191032

Abang Syamil macam muncung je tak bagi Ummi snap gambar dia. Settled berbuka semua Babah plan nak cari baju raya dia. Sebelum tu macam biasalah sempatlah kena pow dengan The Ilhams. Kemana lagi kalau tak ke kedai buku.

IMG_20190602_202423

Nampak tu beriya memasing memilih buku. Yang penting budak 4 tahun tu pun sibuk nak beli komik hahaha.

IMG_20190602_205136

Babah pilih baju diorang syok baca buku kat situ. Adoii tak menyabar nak baca buku.

IMG_20190602_205501

Sudahnya Ummi ajak lepak kat depan Crocs. Haaaa gasaklah korang baca buku. Syahid pun aman damai tidur. Abang Syamil tu nampak beriya kan membaca hehehe. Takpe kita support je apa dia nak buat. Minat membaca ni memang kena pupuk dari awal kalau dah besar kang tak lah janggal nak pegang buku ye tak.

Lepas Babah settled membeli-belah kami pun pulanglaha ke sarang. That’s all for 28 Ramadhan.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!