#ummiilhamsminigarden | Dah Ada Rumput Yeay!

#ummiilhamsminigarden | Dah Ada Rumput Yeay!

ummiilhamsminigarden | Dah Ada Rumput Yeay! |Assalamu’alaikum. Cerita tentang Ummi Ilham’s Mini Garden lagi. Yes of course! My own self therapy. Ketenangan itu datang bila tengok pokok-pokok menghijau. Ummi masih dalam usaha menambah koleksi dan mencantikkan lagi mini garden sekangkang kera Ummi ni. Thanks a lot Babah yang support.

Babah juga lah yang cadangkan tambah artificial grass ni. Ummi beli dah dia tukang kemas. Sekeping artificial grass aka rumput plastik tu Ummi beli di Mr. DIY. Kos lebih kurang RM40++. Tak ingat saiznya. Yang penting Babah potong rumputnya sebab nak kenakan ruang yang ada. Ini side depan, menggunakan artificial grass Mr. DIY tu.

Side kanan ni dah tak cukup pulak hahaha. Maka Ummi top up artificial grass dari Daiso. Sekeping harganya RM5.90 je. Terus boleh susun ikut mozek. Itu pun masa gambar ni Ummi snap, masih tak cukup lagi rumputnya, tapi dah beli dah hari tu hehehe.

Hanging pot 3 pcs ni Ummi beli di Kaison dengan harga RM3.90. Dua bekas untuk money plant dan satu lagi baru je Ummi tanam succulent.

Zoom in artificial grass from Daiso. Memang agak kasar tekstur rumputnya tak macam yang Mr. DIY tu.

White fence dari Romantika. Ummi main beli je tak belek rupanya tak ada skru penyambung. Sekarang Babah dah pasangkan skru sendiri.

Seagrass basket Ummi beli di Kaison dengan harga RM31. Memang standby khas untuk pokok Monstera Borsigiana dan pokok ala-ala keladi yang masih Ummi tak tahu namanya tu.

Yang ni Ummi beli dari Kaison harga RM3.90 kota tak silap. Belum ada pepokoks yang bergayut. Bakal mencari pokok macam janggut tu. Macam sesuai je kat sini hehehe.

Balang kaca ni Ummi beli di Kaison, dah selamat ditanam money plant.

Pasu comel ala-ala batang kayu yang dipotong ni Ummi beli di Daiso. Mula-mula hajat nak alihkan succulent dalam ni, tapi Ummi tanam pokok yang nama-dia-ummi-tak-tahu hahaha. Dua hari lepas Ummi masukkan succulent semula.

Ok that’s all update untuk kesekian kalinya. Nanti Ummi update “green section” dalam rumah ya. Babai!

174 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 thoughts on “#ummiilhamsminigarden | Dah Ada Rumput Yeay!

  1. menjadi inspirasi gitu.. umi naura dah follow dah mini garden umi ilham.. Tengok pepokoks tu best pulak.. dekat nursery berhampiran rumah ni ada pokok yang janggut² tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: