Kisah Sedih Ummi & Sepinggan Ikan Sardin

Kisah Sedih Ummi & Sepinggan Ikan Sardin | Assalamu’alaikum. Cerita sedih di subuh hari. Jam 1am Syahid bangun susu dan kemudian sambung tidur. Ummi meneruskan misi masak lauk sahur sebab takut terbabas. Dah bagitahu Babah, nak masak sardin sebab dah lama tak makan sardin. As usual, Babah ok je. Pukul 2am lebih Ummi kelentang kelentung sesorang kat dapur. Siap masak sardin dan ayam goreng.

Jam dah menunjukkan pukul 3am lebih, nak tidur memang kerja bahaya. Jadi Ummi teruskan aktiviti mengepam susu. Siap pam dalam pukul 4am. Alarm “Ramadhan Tiba.. Ramadhan Tiba..” Babah dah rancak menyanyi. Tapi Ummi relax-relax dulu tak kejut Babah dan Ilham. Dalam pada relax tu entah lah Ummi tak sedar yang Ummi TERtidur. Rasa terus padamlah. Sekali terjaga tengok jam dah 5.30am.

Allahu Akbar! Nak nangis rasa. Macamanalah Ummi boleh terlelap tanpa disedari tu. Huwaaaaaaaaaa sedih betul. Bertambah sedih tengok ikan sardin dalam pinggan. Ini kali kedua terbabas untuk puasa kali ni. Baru je hari tu baca entri Mak Inche yang dah siap masak asam pedas tapi terbabas juga waktu sahur. Hari ni terkena kat Ummi hahaha. Pasghah le. Kelat muka tengok sardin tu hahaha. Tak apalah boleh buat berbuka nanti. Nasib baiklah tergerak juga hati nak minum ESP masa pukul 2 lebih tu. Kalau tak lagi haru, sebab masa berbuka Ummi makan mee kari je hehehe.

Redho je lah..siapa suruh bersantai-santai sangat kan dah tertidur. Semoga saki baki puasa ni tak ada insiden terbabas bangun sahur lagi.

 438 total views,  1 views today

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!