Tema Raya 2019 – Emerald Green

Tema Raya 2019 – Emerald Green

Tema Raya 2019 – Emerald Green | Assalamu’alaikum semua. Alhamdulillah lega dah hati Ummi semua persiapan raya especially pakaian Ummi, Babah dan The Ilhams dah settled. Sebenarnya berdebar-debar juga menanti romper baju melayu Syahid yang tak sampai-sampai. Alhamdulillah semalam dah selamat sampai ke tangan Ummi.

Macam biasa kami memang bertema warna raya. Tapi kali ni tak sama dengan family Tok Ayah, Mommy Ngah dan Mama Cu. Mula asalnya Ummi pilih dark purple. Ummi dah siap shopping dua helai jubah masa berpantang tau. Sekali Babah caras idea Ummi hahaha. Dia tak nak dark purple. Tak tergamak nak pakai warna tu katanya. Terus berdezup Ummi fikir kalau warna Emerald Green ok gak kan? Ada orang tak suka sedondon tapi Ummi suka hehe. Jadi raikanlah perbezaan pendapat masing-masing.

Sebenarnya la kan. Tahun ni tahun pertama kami buat persiapan yang TERRRRRRRRRRRlalu awal (bagi kami). Dua hari sebelum puasa kami dah siap shopping raya untuk anak-anak hehe. Almaklumlah tengah ada baby kecil ni kan, tu yang kami decided untuk settlekan cepat.

Macam biasa baju melayu kami belai di Jakel UDA Business Centre. Orang kus semangat ramai macam dah anak raya padahal belum puasa. Ummi dan Adik Syahid stay dalam kereta je. Babaha handle semua dan bersungguh dia cari baju melayu emerald green haha. Dan hasilnyaaaaaa.. baju melayu Awal Ashaaari by Jakel pilihan hati Babah. Kemainnnn kan. Ni versi Akhir Ashaari la hahaha.

Anak-anak Babah belikan baju melayu Yusug Iskandar by Jakel. Alhamdulillah ada saiz untuk cik abang berdua ni. Semuanya macam biasa dapat free kain samping. Babah cakap boleh tahan harga bla bla bla bla. Terus Ummi belek dah Babah ambil yang new collection memang le harga boleh tahan. Yang anak-anak pun sama. Ummi ni kekadang sejenis “cheapskate” taik hidung masin hahaha. Selagi boleh grab yang murah dan kualiti ok Ummi grab la. Biasanya Ummi beli collection yang past year punya ekekeke. Janji kena warna tema. Tapi Babah kata tak apalah sekali sekala belikan anak-anak.

Oleh kerana dah bertukar tema, Ummi pun gigih shopping online je mencari baju emerald green. Memandangkan hari tu pusing Angsana JB Mall tak jumpa yang berkenan di hati. Scroll-scroll facebook dan terjumpa Kurung Aisara dari Yousra Attire dan terberkenan. Terus Ummi whatsapp dan alhamdulillah warna dan saiz available. Best tau kainnya tak sabar nak pakai raya.

Ini kain samping hero bertiga tu. Hero baby pakai apa pula ya?

Taraaaaa.. hero baby pakai romper baju melayu warna emerald green. Fuhhhh.. lega semalam sampai parcel. Ummi shopping Shopee je. Mula-mula first seller kehabisana stok emerald green saiz 0-3 bulan. Nasib baik second seller ada stok. Lega hati Ummi hehehe. Tak sabar nak sedondon lima beranak di pagi raya hehe.

Untuk baju raya lain, kami shopping di AEON Mall Bukit Indah. Memang settle hari yang sama dengan baju melayu tu. Semua Babah yang pilih. Kira tahun ni anak-anak mendapat sentuhan Babah haha. Ummi busy handle baby. Bila Babah yang pilih korang kena redho lah ya. Warna agak suram sikitlah hahaha.. kelabu asap Babah ko pilih hahaha. Warna selamat katanya. Tak kisahlah janji sedondon Abang Ilham dan Abang Syamil. Romper kotak-kotaka tu Adik Syahid punya Mama Jie belikan. Ada baju raya dia lagi Ummi tak snap.

Alkisahnya tahun ni juga Ummi kome ni over haha. Kalau sebelum ni sehelai dua je baju raya. Tapi entah apa mabuk ketum sampai 5 helai baju raya Ummi tahun ni hahaha.

Ini jubah A Cut yang tersalah tema hahaha. Ummi shopping online beli di website By Sarah Ahmad. Yang bestnya.. yakinnyaaaaaa Ummi telah memilih saiz S kahkahkah. Konfiden sangat. Nasib muat.

Bukan sehelai jubah A Cut Ummi beli tau. Oleh kerana terminat dengan corak jubah Irma Hasmie maka Ummi sambar sehelai lagi jubah dari By Sarah Ahmad tu hehe. Both jubah kainnya best dan selesa. Boleh je nak pakai jubah ni sebenarnya memandangkan warna still hijau kan. Cuma adjust kat tudung je la. Ummi je yang gatal tapak tangan nak beli lain 😜Ikutkan nak sambar corak monstera, tapi Mommy Ngah kata nanti takut time raya keliru nak salam Ummi tersalam pokok monstera hahaha.

Baju raya seterusnya, jubah dari Mekah pemberian Nenek dan Tok Ayah yang balik dari Umrah sebelum bulan puasa hari tu. Ummi suka gila sebab kain best dan sulam warna pink kat tengah-tengah tu.

The last one.. yesss confirm last.. Kurung Amelia dari Busana Jamilah pilihan hati Ummi. Warna magenta kain pun best selesa. Fuhhh kemain ek Ummi. Padahal Ummi plan malas nak beraya sakan. Takpelah baju-baju ni nanti boleh pakai pergi kerja. Tudung Ummi pilih tudung dari Dea Ameera, Hijabs by Hanami dan Hijab Galeria. Both beli online. Tapi macam terpanggil-panggil nak tambah koleksi Elsajida 🤭🤭🤭 Cantik pulak corak tudung raya diorang ekeke.

Eh panjang bebel raya.. bahaha. Korang dah settle ke belum baju raya? Kalau belum, sempat lagi ni. Berbelanjalah mengikut kemampuan diri ya. Tepuk dada tanya poket hehehe. Till then, babai!

p/s Jumaat ni macam nak ronda AEON Mall Bukit Indah buat last round lah 🤭🤭

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. baju kotak² tu dah sama dengan baju Dak Naura..Nanti umi hantar gambar ootd dak naura ek…hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *