Assalamu’alaikum..
Entri yang lama terperap dalam draft list. Masa ni Ummi dating dengan hero ketiga Ummi di Angsana Johor Bahru Mall selepas Ummi jumpa geng-geng susu ibu di Maybank UDA Business Centre.
Kalau tengok dari gambar korang boleh cam la kan bila kejadiannya hahaha. Sah-sah la masa bulan 12 sebab masih ada dekorasi sambutan hari krismas ekekeke. Lima bulan Ummi perap ok. Syamil teruja sangat masa ni nak bergambar dekat “pokok pis-mes” hahaha.
Kalau dah ke Angsana rasa tak ada tempat lain yang selalu Ummi terjah untuk isi perut. Of course la Ummi akan pilih Seoul Garden hehehe. Perut dan tekak mak buyong meronta-ronta nak makan steamboat and bbq hehehe.
Nasiblah anak yang sorang ni pun ok je melayan tekak Ummi dia kan. Alhamdulillah berdua pun kami enjoy makan kat sini. Ehhhh meleleh air liur. Kebetulan esok kami nak berbuka puasa di Seoul Garden hehehe. Kiranya ambil mood la ni eh. Alah tak payah ambil mood pun memang jarang tak ada mood kalau ke sini hehehe. Biasanya skala gembira Ummi memang mencanak tinggi hahaha.
Oklah, penat bebel. Sambung next entri. Babai!