The Ilham’s Movie Time! Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

The Ilham’s Movie Time! Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

The Ilham’s Movie Time! Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal | Assalamualaikum.. Cerita lama hari Sabtu 23 Mac Mommy Ngah bawa dua orang hero Ummi ni menonton movie Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal di AEON Bukit Indah. Memang sebelum bersalin dorang dah tuntut suruh Ummi bawa tengok movie ni. Maklumlah iklan dah keluar awal. Maka awal-awal jugalah Ummi booked sesiap time Mommy Ngah untuk bawakan abang-abang ni tengok Upin & Ipin kegemaran diorang. Masing-masing seboleh-boleh suruh Ummi ikut bawa baby sekali. Tak boleh sayang oi.

Ummi tak pernah berpantang koboi gitu sekali. Adik Syahid pun baru berapa hari lahir tak sesuai bawa ke panggung wayang. Lagi pun Ummi awak ni bukanlah kaki wayang hehehe. Pergi je lah, Ummi bagi duit belanja. Nasib abang-abang memahami. Sekali sampai AEON Bukit Indah, dia ajak Mommy Ngah isi perut kat Restoran Johnny’s ok hahaha. Kemain dua-dua nak makan sedap je. Terkulat-kulat telan air liur Ummi kat rumah ekekeke.

Semangat memasing nak tengok movie.

Ummi dah pesan sesiap, duduka dediama jangan berkeliaran nanti ganggu orang lain yang nak fokus tengok movie. Balik rumah dua-dua tak sabar-sabar nak bercerita dengan Ummi. Diorang kata best. Ummi baca review kawan-kawan pun best katanya. Thanks again Mommy Ngah & Daddy Ngah sudi layan hero-hero Ummi ni.

Sebenarnya entri ni dah lama Ummi taip, tapi Ummi lupa publish hahaha. Jadi ketinggalan zaman la baru nak tepek sinopsis bagai.

The Ilham’s Movie Time! Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Bahasa Inggeris: Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris) merupakan filem animasi pengembaraan Malaysia 2019. Filem ini menceritakan aksi si kembar dan kawannya di Kerajaan Inderaloka, di mana mereka dan watak-watak cerita dongeng perlu mempertahankan kerajaan ini daripada raja jahat yang ingin memusnahkannya.

Ini merupakan filem keempat yang berdasarkan siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009), Laksamana Upin & Ipin (2009/2012), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016). Versi asal bahasa Melayu ditayangkan pada 21 Mac 2019 secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin mengambil alih Inderaloka.

  • Asyiela Putri
  • Ahmad Mawardi
  • Mohd Amir Asyraf
  • Fakhrul Razi Imbrahim
  • Ernie Zakri

The Ilham’s Movie Time! Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Filem ini dihasilkan oleh Les’ Copaque Production dalam tempoh selam 5 tahun. Dengan kos produksi sebanyak RM 20 juta, ia merupakan filem Malaysia paling mahal dibuat. Alih suara ke Bahasa Inggeris telah dijalankan untuk versi tayangan antarabangsa

Credit info: Wikipedia

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *