Ramadhan 2019 – Day 2

Asssalamualaikum..

Alhamdulillah settled puasa hari kedua. Menu kami simple je janji kenyang anak beranak. Ikutkan Babah request Char Kue Tiaw, tapiiiiiiiiiiiiii.. Ummi telah memachaaaaaaa kue tiaw kan nya hahaha. Babah punya impian tak kesampaian.

Char Kue Tiaw dah jadi Kue Tiaw Goreng Basah hahaha. Kesian Babah. Next time Ummi repeat ya. Sebab buat banyak kekonon nak bagi Nenek dan adik-adik. Sekali hilang kuahnya hahaha.

Untuk Abang Ilham, Ummi masakkan Asam Pedas Ayam kegemaran beliau. Tak ada lauk lain pun tak apa. Dia dah ikut style Ummi, asam pedas simbah kicap hehe. Sahur pun dia repeat lauk yang sama.

Menu seterusnya, Mee Goreng Daging pemberian Mommy Ngah. Sedap! Thanks Mommy Ngah.

Menu tambahan, Babah beli di PTP Cengkih Cafe, Grilled Lamb. Bolehlah sedap juga la walaupun tak berapa nak ummpphhh.

Untuk hari ni Abang Ilham request nak sotong goreng tepung dan tomyam. Ok insha Allah Ummi tunaikan demi mendorong Ilham berpuasa. Tunggu next update.

115 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *