Hadiah Hari Guru 2019 Untuk Cikgu-cikgu Abang Ilham

The Ilhams Learning Phase

Assalamualaikum..

Hari Rabu dua minggu lepas gigih la Ummi memikir apa nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu Abang Ilham sempena sambutan Hari Guru 2019 yang dilangsungkan pada hari Khamis. Ramai juga Ummi baca di facebook ibu ayah yang confused kenapa sambutan dibuat dalam bulan April sedangkan Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Ya ibu ayah, bulan Mei dah mula puasa kan, itu yang sambutannya dibuat awal.

Hari Selasa lepas Mommy Ngah balik kerja Ummi ajak dia ke Mr. DIY. Of course laha bersama tiga orang hero Ummi tu kan. Ummi masuk dengan Syamil je, Mommy Ngah, Abang Ilham dan Syahid tunggu dalam kereta.

Ummi tak ronda lama pun sebab Syahid dah nangis. Hasil dari rondaan tu dapatlah barang-barang kat bawah ni untuk enam orang cikgu Abang Ilham.

Mula-mula Ummi ambil barang lain hehehe. Sekali dah sampai depan kaunter nampak botol air comel ni. Harga pun berpatutan jadi gatal la tangan Ummi cekut enam ketul. Satu botola berharga RM5.90. Cantik dan murah.

Untuk yang ni, RM1.90 Ummi beli untuk bubuh nama cikgu-cikgu.

Deco board ni lah yang mula asalnya jadi hadiah hari guru hahaha. Nampaka si botol terus Ummi lupakan si deco board. Tapi masa nak bayar berat pula mulut Ummi nak cancel. Terus je bayar. Sudahnya terasa banyak pula hehehe. Balik rumah, up whatsapp status nak jual dan akhirnya Nenek yang beli untuk cikgu Mak Wee ekekeke. g

Ini yang dah siap Ummi tuliskan ucapan dan nama si pemberi.

Hadiah dah ready yeay! Ummi bab-bab craft ke apa memang Ummi suka hehe.

Ini hadiah khas untuk Mak Indo kerana selalu melayan kerenah Ilham.

Disebalik kegigihan Ummi nak siapkan hadiah hari guru, ada seorang assistant yang tak jemu membantu. Sebenarnya idea nak bubuh batang love dalam straw tu dari dia lah. Ummi boleh tak terfikir, sampai beriya Ummi lekatkan batang tua di botol hahaha. “Apalah Ummi ni.. itu pun tak tahu ke?” kata beliau. Thanks dik.. ehhh Abang Syamil tolong bagi idea.

Alhamdulillah semua hadiaha dah selamat sampai ke tangan semua cikgu. Terima kasih untuk semua cikgu Tahun 2 SKTD. Semoga cikgu-cikgu sentiasa dibawah rahmat Allah dan diberi ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Happy Teacher’s Day in advanced dari kami sekeluarga.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Hadiah Hari Guru 2019 Untuk Cikgu-cikgu Abang Ilham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!