Assalamualaikum..
Pagi-pagi Abang Ilham dah bagi punch line. Semenjak masuk darjah dua ni, memang Ummi gantungkan kalendar dalam bilik dia untuk dia belajar tengok tarikh dan sebagainya. Setiap hari dia akan tick menandakan hari-hari tu dah berlalu. Pagi ni, sebelum dia ke sekolah, sempat dia bertanya dengan Ummi.

“Ummi.. Hari Khamis 14 Feb.. Ilham Cuti Ke?”
Haaaa??? terus terbeliak mata Ummi.
“Cuti apa? mana ada cuti.”
“Cuba Ummi tengok ni.. kan ada tulis ni” sambil tangan tunjuk tarikh 14 February tu. Nak baca mungkin dia tak faham tulisan sambung tu.
Mata Ummi pun terus beralih ke kalendar kuda. Terus Ummi tergelak.
“Itu bukan cuti umum la Ilham.. mana ada cuti.. itu orang bukan Islam je yang sambut hari kekasih tu..”
“Ooooo.. Ilham ingat cuti”
Dan dia pun terus bersiap-siap pakai stokin nak ke sekolah. Sabar ya Abang Ilham, baru je naik cuti sekolah dua hari. Hujung bulan depan baru ada cuti sekolah pertengahan penggal pertama. Sila tolong Ummi kat rumah ya sebab jangkaan masa tu Ummi daha dalam pantang hehehe.
cuti saja Abg Ilham ni.. lps ni mesti lagi byk soklan cepu mas dia
hahahaha tu lah..kemain valentine’s day pun nak kira public holiday..
Meh sini Aunty LIn sign kan surat MC hahahahaha
hahaha kemain lagi dia..
hahahaha semput umi dia dengarrrr . terus usap perutttt.. Hahaha
semput sesangat auntie ain uii