Kelas Memanah Kedua di PEDETA

Family's Activity The Ilhams Learning Phase

Assalamualaikum..

Cerita kelas memanah kedua. Ummi saja je buat post ni alang-alang dah tersnap gambar kan. Sebab Ummi rasa dua minggu je la Ummi mampu teman Abang Ilham ke kelas memanah ni. Muatan Ummi dah semakin berat. Nak duduk lama-lama menunggu tu aduhaiii Allah je yang tahu.

Kami sampai agak lewat sikit, coach dah mula sesi pengisian sunah memanah. Alhamdulillah dapat juga Babah dan Abang Ilham ilmu-ilmu penting. Ummi sempat juga salinkan nota di handphone.

Jom memanah! Minggu ni ramai student-student lama yang datang.

Minggu ni coach fokus kat Abang Ilham. Wahhhh siap hi-5 lagi dengan coach. Coach kata ada peningkatan. Cuma kekadang budak sorang ni, dia nak laju je, belum betul-betul fokus dia dah lepaskan arrow tu.

Abang Syamil tak melepaskan peluang. Babah bagi jamah la. Sebelum tu dia dah teman Ummi ronda Mr. DIY depan PEDETA tu ekekeke. Ummi rasa bahaya juga Ummai selalu temana diorang memanah ni. Ummi takut Ummi kerap terpanah barang-barang dalam Mr. DIY tu ekeke. Ummi taka beli apa sangat pun, beli bekas untuk bubuh barang-barang Ummi dalam pantang nanti, selipar, bekas kecil nak bawa ke hospital untuk standby letak perahan susu ibu (EBM). Sebenarnya Ummi terberkenan dengan satu beg tu, tapi ku tahan-tahan jebat perasaan ini hahaha. Last-last tak jadi beli pun. Tengoklah nanti kirim Babah ke macamana ooppssss!

Sebelum berakhirnya kelas memanah, sesi bergambar beramai-ramai. Yang paling kecil tu macam beriya sangat ek hahaha. Kelas minggu ketiga, hanya Babah dan Abang Ilham je yang attend. Ummi stay kat rumah ditemani Syamil yang memahami.

Nahhhh lagi info berkaitan..

Ground Floor U Mall
No. 45, Jalan Pulai 20,
Taman Pulai Utama,
81110 Johor Bahru,
Johor.

Whatsapp – 019-7978778

AKTIVITI MEMANAH

Fun Archery

RM5 – 8 Arrows
RM10 – 20 Arrows
RM20 – 40 Arrows

Training (Lane Rental)
*Peralatan Sendiri

1/2 Jam – RM15
1 Jam – RM30

*Sewa peralatan + RM5

Aktiviti Ko-Kurikulum

Modul PEDETA Academy
Grading pada setiap tahap
Sijil disediakan
Jurulatih PEDETA Academy
Masa: 1 jam 1/2/ sesi

Peralatan Disediakan

RM90/bulan – 2 x sesi
RM120/bulan – 4x sesi


Harga tertakluk pada bilangan pelajar

PROGRAM BERKUMPULAN

Fun Archery

Fun Archery Session
Pengisian Sunah Memanah
Pengenalan Asas Memanah dan Demonstrasi
Mini Games

RM15/pax – (10-25 pax 1 Jam)

Aktiviti Berkumpulan

Pengenalan Asas Memanah dan Demonstrasi

Aktiviti Memanah
Mini Games

Sijil disediakan

RM30/pax – (10 pax ke atas 1/2 hari)

Kelas Memanah PEDETA

Modul PEDETA Academy
Grading pada setiap tahap
Sijil disediakan
Jurulatih PEDETA Academy
Masa: 1 jam 1/2/ sesi, 4 sesi/bulan

Peralatan Disediakan

RM90/bulan – 8 hingga 12 tahun
RM120/bulan –
12 tahun ke atas

Slot Kelas:

Pagi: 10.30am – 12pm
Petang: 3.30pm – 5pm
Malam: 8.30pm – 10pm

PEDETA Archery
“Pembinaan Insaniah melalui medium memanah”

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!