Kami di Iskarnival Main-Main 2018 Puteri Harbour

Assalamualaikum..

Cerita dua minggu lepas 8 Dec 2018, cerita kami di hari pertama Iskarnival Main-Main 2018 Puteri Harbour. Seminggu sebelum tu, Ummi berjaya redeem tiket masuk percuma ke Dinosaur Kingdom dan The Moscow Circus sempena event Iskarnival Main-Main ni.

Petang tu dalam jam 4 petang kami sampai di Puteri Harbour. Cuaca memang hujan lebat huhu. Gigih Ummi turun jalan macam penguin dan menuju ke khemah kaunter UEM Sunrise. Babah dan The Ilhams tunggu dalam kereta sambil cari parking. Oh ya, Ummi ajak Nenek dan Mak Wee sekali. Sebenarnya tiket yang Ummi dapat 5 untuk kedua-duanya. Niat asal nak bagi Mommy Ngah, dan Mama Cu. Sekali diorang busy, jadi The Ilhams yang excited nak masuk lagi Dinosaur Kingdom.

TIKET PERCUMA – DINOSAUR KINGDOM

Mak Wee excited nak tengok dinosaur. Nasib ada geng anak-anak buah dua orang tu kan.

Sementara menunggu The Ilhams sampai dari kereta, Ummi ajak Mak Wee wefie dulu hehehe. Ummi dah siap redeem tiket The Moscow Circus sekali. Oleha kerana kami berenam termasuk Babah dan tiketnya ada 5 je, jadi Babah terpaksa berkorban tak masuk hehe. Babah stay je tengok apa yang menarik di Iskarnival Main-Main.

Masuk je Dinosaur Kingdom, kami terus tuju ke Education Hub.

Walaupun The Ilhams dah tengok dah scene dinosaur mengamuk, tapi diorang masih excited lagi. Kali ni kami duduk jauh ke belakang sebab dah full dah bahagian depan.

Cabaran nak meronda theme park adalah cuaca hujan yang masih tak berhenti. Sebenarnya pihak pengurusan Iskarnival Main-Main ada menyediakan baju hujan percuma. Tapi masa Ummi redeem tiket tu stok dah habis. Kalau nak kena cari dia area stage. Malas nak ke sana guna je lah payung yang ada. Abang Ilham pasghah jek la pakai payung hello kitty Mak Wee hahaha.

Pusing punya pusing, tergathering anak-beranak di Dinosaur Kingdom haha. Jumpa cousin Ummi, Kakak dan princesses serta Kina dan Wafiq. Diorang dah siap ronda dah. Kami je yang baru sampai hehehe.

Punyalah seksa nak suruh bergambar bertiga ni ui. Situasi sebenar kiri dan kanan Ummi ada orang stuck nak lalu dek kerana nak snap gambar tiga orang ni hahaha. Sorry uolls.

Kami terus menuju ke khemah inflatable dinosaur island. Abang Ilham sorang je main kat situ kejap. Ummi, Nenek, Mak Wee dan Syamil busy mewarna nak buat DIY dinosaur button badge hehehe.

Tekun BFF dua orang ni mewarna. Satu keping button badge ni RM10.

Nenek si kidal pun sibuk mewarna hehehe.

Ehhh Ummi pun menyelit juga.

Memandangkan kertas Syamil warna tu dah bocor kat bahagian muka dinosaur, jadi gigih Ummi siapkan satu untuk dia. Itu hasil kami berempat mewarna. Yang nenek tu untuk Mak Wee. Sebab diorang berdua punya reject hahaha.

Kiri Mak Wee.. kanan Syamil..

Ummi buatkan lagi seketul untuk Abang Ilham.. Nak adil dan saksama kekonon. Hasil Abang Ilham tu pun dijadikan button badge juga. Hargailah usaha anak-anak mewarna walaupun comot di mata kita, tapi cantik di mata dia hehe.

Ikutkan diorang merengek nak masuk live show, tapi kami dah terlepas masa. Nak tunggu next show takut tak sempat masuk ke The Moscow Circus selepas maghrib. Jadi abaikan je lah.

ISKARNIVAL MAIN-MAIN

Selepas keluar dari Dinosaur Kingdom, kami sempat menjengah di Main-Main Stage. Masa ni ada performance dari artis Singapore. Lupa dah Ummi nama dia.

Haaa beriya ni nak tengok. Ummi je tak larat nak layan. Terus ajak ke bangunan Puteri Harbour tu nak isi perut.

Depan stage ni ada satu booth untuk register attendance ke Iskarnival Main-Main. Sempat lagi tu Ummi register, nak dapat buku Main-Main dan rezeki dapat lagi 5 tiket Dinosaur Kingdom hehehe.

Pusing-pusing terjumpa blogger KL yang famous amos.. Cik Lily Putih. Ini kali kedua Ummi jumpa Cik Lily. Nasib Cik Lily peramah jadi Ummi yang kepoh ni tak la rasa kekok nak menegur beliau hehehe. Semoga jumpa lagi ya Cik Lily.

Tak sempat nak beriya ronda sepenuhnya Iskarnival Main-Main ni memandangkan cuaca tak mengizinkan.

Lepas tu kami cepat-cepat masuk Kenny Rogers nak isi perut. Haaa sempatlah Ummi snap gambar ni sambil makan hati berulam jantung tunggu order tak sampai-sampai.

THE MOSCOW CIRCUS

Ok next.. last aktiviti untuk hari ni, The Moscow Circus. Repeat lagi nak oiii. Macam nak tercabut pinggang Ummi hahaha. Janji anak-anak happy.

Kali ni dapat front seat lagi. tapi view tak berapa jelas haha. Redho je la anak-anak. Dah namanya tiket free. Nak tunggu Ummi beli hmmmm belum tentu Ummi belikan ekekeke.

Syamil dahaaaa penat meragam nak balik. Muka daha sememeh jek.

Yang berdua ni tak tahu kenapa muka muncung. Lupa Ummi kenapa haha.

Sorang ni dah di alam fantasi tapi tak mengaku ngantuk.

Sian Nenek tukang riba, maklumlah peha Ummi dah tak ada ruang nak riba Syamil hahaha.

Tapi dia tetap merengek nak Ummi gak. Tumpang la kejap. Settled show 2 jam, yang sepatutnya 1 jam je dalam tiket. Dah tak sabar nak balik ui. Rasa penat yang amat. Syamil tidur pula, terpaksalah Nenek dukung. Babah awal-awal Ummi dah suruh balik dulu sebab dia pun boring tak buat apa kat situ.

Kena paksa posing hahaha.

Ni pun kena paksa.. dia mengecur je tengoka perkataan Toys R Us tu tapi Ummi tak layan. Cukuplah dah pow nenek keychain The Moscow Circus tu hahaha.

Akhirnya kami pulang ke pangkal jalan. Thanks Iskarnival Main-Main sebab bagi kitorang tiket-tiket free tu. Orang memang seperti yang dijangka, ramai gila walaupun hari hujan. Kami enjoy walaupun penat gila macam nak tercabut kaki hahaha. Jadilah nak, Ummi tak larat nak bawa jalan jauh-jauh cuti sekolah ni maklumlah dah semakin sarat ni. Kita ronda je lah dekat-dekat. Balik-balik Puteri Harbour haha. Kita jadi duta Puteri Harbour je la anak beranak.

Ok next school holidays activity untuk The Ilhams programnya bakal berlangsung esok yeay! Abang Ilham bakal menghadiri Bengkel Melukis Komik (22 Disember 2018) bersama Pengkomik Bestseller Misi Solat 5 Waktu iaitu Tuan Nazry Salam. Semoga urusan esok dipermudahkan dan Abang Ilham dapat fokus belajar buat komik.

Ok till then, babai!

436 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “Kami di Iskarnival Main-Main 2018 Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *