Assalamualaikum..
Mood blogging Ummi masih timbul tenggelam. Layankan aje lah. Kalau rajin Ummi update kalau tak mereput le dengan entri lama. Tak ada siapa nak marah hehe. Hari Isnin lepas Ummi half day, lepas settled urusan pagi Ummi call Nenek ajak sarapan sama-sama. Nenek ajak makan nasi kerabu. Uissshhh.. favourite tu mana boleh tolak ekeke.
Lokasi pilihan kami di Usop Nasi Kerabu, Kg. Ulu Pulai. Buat pertama kalinya Ummi makan kat sini tau. Nenek dah biasa datang, memang dia yang syorkan kat sini. Ummi tak tahu pun dekat sini ada dua kedai makan sebelah menyebelah hehehe. Jarang masuk kawasan Kg. Ulu Pulai ni.
Warung ni nampak je kecil molek, tapi hiasan dalamannya cantik ala-ala cafe hipster gitu. Menu utama adalah menu Pantai Timur. Ada nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan lain-lain lagi. Nampak macam ada ikan bakar juga, tapi Ummi tak pasti warung ni buka waktu malam atau tidak. Kebetulan masa kami sampai tu tinggal nasi kerabu je yang ada, jadi kami memang pilih nasi kerabu lah disamping kuih abok-abok dan cekodok pisang.
Nenek malu-malu pula orang nak snap muka dia hahaha. Takut viral agaknya hahaha.
Air teh ais ni sedap gila. Subhanallah.. taubat! Sekali-sekala buat jamah-jamah ampun doktor :p
Nahhhh.. sepinggan nasia kerabu yang lazat. Semput nyawa Ummi nak habiskan. Sudahnya ada sedikit pembaziran sebab dah full sangat perut ni. Bukan tak sedap tapi perut dan sendat. Ayam goreng tu memang hot from the pan gitu hehehe. Sedap rempah ayam tu.
Sebenarnya masa baru sampai tu, terjumpa jiran lama Ummi. Family Ummi dan family dia ni dah macam anak beranak. Adik dia bff Ummi sejak kecil. Family dia banyak jasa pada kami dulu terutamanya arwah mak. Bual punya bual dia pun nak balik. Rezeki kami, dia belanja pulak sarapan pagi. Allahu akbar. Terima kasih banyak-banyak Abang Tahir dan Kak Ram. Semoga Allah kurniakan keluarga kalian dengan rezeki yang halal dan melimpah ruah. Aamiin.
Korang kalau nak mencuba menu-menu Pantai Timur bolehlah datang ke warung ni tau. Recommended!
USOP NASI KERABU
Alamat:
Jalan Bidan Tumirah,
Kg. Ulu Pulai,
81550 Gelang Patah, Johor.Contact No: 013-7711733
Facebook: https://www.facebook.com/usopnasikerabu/
Waaaa lama tak makan nasi kerabu..nanti nak terjah gak laaaaa
sika terjah.. roger2 iols.. hehehe
Alamat dia pun klasik jugak
klasik sgt. terbayang mak budan tua2 hahaha
mengundang betul ni….nasib jauh tau nak makan nasi kerabu ni
alaa dekat je PG – GP hahaha
perghhh menggoda gilossss nasi kerabu tu!
meh la sini ekekeke
Pingback: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah – herneenazir.com