Sup Power Pak Mus Memang Power!

Assalamualaikum semua..

Entri pertama di bulan September. Nampak Ummi punya pemalas nak update blog tu makin ketara hehe. Maafkan kami penunggu gua. Ini cerita bulan lepas, buat pertama kalinya Ummi mencuba menu-menu sedap di Warung Sup Power Pak Mus di Jalan Kacang Panjang, Gelang Patah.

Sebenarnya warung ni dah lama ujud, Ummi je yang ketinggalan keretapi hehe. Mama Cu dengan Uncle Cu yang bawa kami ke sini. Kalau tak sampai sudah la Ummi tak tahu.

Macam yang diorang recommend, Ummi mencuba Sup Gear Box. Subhanallah sedap amat uolls. Memang taste Ummi. Sampaikan The Ilhams pun dah jatuh cinta dengan Sup Gear Box. Pepaham jek lah Abang Ilham tu mana layan sup-sup ni kan. Dia tahu ayam red, asam pedas, ayam yellow kebanggaan dia tu je. Sekali dapat rasa sup gear box haaa terus repeat order sampai 3 mangkuk. Siap pakej sedut tulang sumsum pakai straw haha. Sedap betul kata dia.

Selain sup gear box, Ummi cuba juga sup babat. Makin teballah babat Ummi hahaha. Perghhhh.. memang sedap. Kalau dah kuah supnya sedap, cukup rasa rempah ratus konfemlah keseluruhan sup apa pun jadi sedap ye tak. Tambah lagi dengan sambal kicap yang mantap. Ehhhh meleleh air liur.

Menu lain untuk malam, ada roti canai. Roti canai dia pun sedap tau. Lembut je dicicah dengan kuah kari yang sedap. Hmmmm.. memang tak cukup sekeping la The Ilhams makan.

Kami dah cuba juga makan di sini untuk sarapan pagi. Cuma makan roti canai je la. Menu lain tak cuba lagi. Waktu pagi tak ada sup jadi jangan tanya sup ada tak hehehe.

Kalau korang ke Gelang Patah, jangan lupa singgah pekena menu-menu sedap di Warung Sup Power Pak Mus ya. Recommended!


WARUNG SUP POWER PAK MUS

Alamat:

Jalan Kacang Panjang,
81550 Gelang Patah, Johor.

 3,508 total views,  9 views today

14 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!