Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 61 – Sayangi Malaysiaku

31/08/2018

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaam Ke 61 buat negara tercinta Malaysia. Sayangi Malaysiaku! Selamat bercuti buat semua pembaca blog herneenazir.com. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara berfaedah.

Cantikkan logo Hari Kebangsaan 2018 ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam dengan tema “Sayangi Malaysiaku”. Sejak dengar lagu “Kita Punya Malaysia” nyanyian Bunk Face The Ilhams memang dah jatuh cinta dengan lagu ni. Asyik duk berzikir suruh Ummi buka youtube diorang nak nyanyi hehe.

Maksud Logo Hari Kebangsaan 2018 – Sayangi Malaysiaku

Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangam dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

Membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara.

The Ilham memang super duper excited nak sambut hari merdeka. Malam tadi tidur awal sebab nak tengok upacara perbarisan di televisyen. Ummi Babah masih belum berpeluang membawa The Ilhams menyaksikan sendiri upacara perbarisan hari kebangsaan di Johor. Insha Allah one fine day ya anak-anak. Tapi sepanjang tengok tv tu memang banyak Q&A Session la.. Kenapa itu kenapa ini.. Itu siapa.. Ini siapa.. And the list goes on. Siap ajak Ummi ke Putrajaya. Boleh je tapi bukan sekarang sebab perbarian dah tamat hehe.

Untuk tak mengecewakan The Ilhams, Babah berusaha mencari bendera Malaysia dan bendera negeri Johor untuk dipacak di tepi pagar rumah. Diorang dah bebel kenapa rumah orang lain ada bendera rumah kita tak ada hehehe. Ok sekarang masing-masing dah puas hati.

Nak tambah lagi semangat merdeka, Babah letakkan sorang satu bendera Malaysia di basikal masing-masing. Bendera ni Mommy Ngah yang belikan. Haaaa bila dah pasang lagi diorang suka. Yeay! Itulah cerita merdeka The Ilhams. Nak suruh diorang posing pegang bender, dua-dua tak memberikan kerjasama sewajarnya hehe.

Last but not least.. semoga negara kita terus aman dan maju. Happy 61st Independence Day Malaysia!

1,604 total views, 1 views today

Share this nice post:

8 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: