DDHN | Roti Canai Segera Jenama Lazat Cicah Kari Kaki Ayam

Oleh kerana anak-anak Ummi suka roti canai dan Umminya malas nak menguli roti canai, Ummi cuba beli roti canai segera jenama Lazat di Mydin. First time beli nasib baik sedap hehehe. Harga Ummi lupa la sebungkus ni berapa. Isi dalam ada 10 keping.

Kalau makan kat kedai Acu Adik dorang berdua memang berebut-rebut nak kaki ayam. Dua-dua ni memang menurun perangai Ummi suka kaki ayam. Bila dah goreng roti canai sendiri kat rumah, gigih la Ummi masak kari kaki ayam untuk dibuat cicah. Tambahan sambak tumis ikan bilis. Haaaaa gasak le korang makan kaki ayam sampai jemu. Bergaduh lagi berebut kaki ayam Ummi ambil ayam hidup-hidup bagi kat korang hahaha.

Memang sedap roti canai jenama Lazat ni. Lembut dan gebu. Selepas dari ni Ummi ada beli jenama Kawan tapi tak sesedap Lazat. Nampak tak kelazatannya hehehe. Oklah korang boleh la siap-siap standby dalam peti sejuk stok roti canai segera ni boleh buat berbuka tak pun buat sahur hehehe.

Selamat membeli.. ehhhh! 😉

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

7 Comments

  1. assalamualaikum hernee…lapo nyer dah la hujan ni….tengok roti canai ni lg la nangis ptg2 ni…

    • Hernee Nazir

      waalaikumussalam ma.. hehehe mama rajin tebar sendiri

  2. Sedap ya yang ni kak. Kami ada try beli juga dulu jenama lain tapi keras kejong, nnt nak pi Mydin cari ni.

  3. Jack Lim

    Nak beli Roti Canai Segera ni.. Minta contact aku… ^ ^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *