Sepetang Di Pantai Tanjung Balau Kota Tinggi | Sambungan cerita bulan Disember 2017 lagi hehe. Ini entri yang terakhir.. ok promise! hehehe. Lepas dah meneroka Muzium Nelayan Tanjung Balau, kami bersantai di Pantai Tanjung Balau.
Memang ramai orang bersantai dihujung minggu. Ada juga company yang tengah buat Family Day.
Semua pow tok ayah nak beli bubbles la..nak beli layang-layang la.
Nenek melayan Mak Wee main layang-layang.
Kemain handal Nenek main layang-layang.
Naik tinggi layang-layang tu sebab angin pun kuat.
Babah layan The Ilhams main bubbles? Ummi mana?
Ada ni ha.. duduk sambil snap gambar diorang hahaha.
Semangat budak kecil ni.
Sudahnya angkat tikar pergi tepi pantai sikit.
Ilham geram je tengok pantai tu. Ummi geram tengok langit biru.
Kena kerah posng tengah main layang-layang.
Saja je Ummi snap mode panorama.
Ummi pun nak juga testing main layang-layang uolls.
Lepas main layang-layang kami naik ATV. Tok Ayah tiga beranak. Kami empat beranak. Kos menaiki ATV ni adalah RM50 dalam masa setengah jam kalau tak silap Ummi.
Ewahhh meriah dia tiga beranak.
Sambil meronda sambil tengok gelagat manusia hehehe.
Nahhh belanja gambar kami empat beranak atas ATV. The Ilhams tu dua-dua tak toye mengantuk penat sangat. Kena tiup angin laut mata masing-masing layu je. Lepas berATV kami pun bersiap-siap nak balik. Alhamdulillah, weekend yang sangat-sangat best dapat spend time dengan family. Nanti kita berjimba lagi kat sini. Untuk yang buntu nak bawa anak-anak kemana musim cuti, paling senang kot korang boleh bawa anak-anak berkelah di Pantai Tanjung Balau ni. Kalau nak mandi manda laut tu sila berhati-hati ya. Pantau anak-anak jangan biarkan mandi seorang diri.
Masuk kereta dua-dua terbongkang kepenatan. Rasanya mak dia sekali selamat berlayar ke mak dia berjaga. Lupa dah tak pasti kalau mak dia bersemangat nak sampai rumah lalu tak tidur sepanjang perjalanan balik ke Gelang Patah hehe.
Jom follow instagram himpunan Hernee Nazir’s Arts – @doodlebyherneenazir
Perghhh sepetang lagi ..bestnyaa uiii petang-petang duk tepi pantai …
Bagus nih kalau buat family day berkumpul ramai ramai annnn. Uyul Rosli | JDTBlogger & AFBDotMy
aah jomlah..dulu akak buat kat sini..