DHHN – Pais Ikan Bawal Emas

DHHN – Pais Ikan Bawal Emas

20171008_123943

Ini menu lama bulan Oktober 2017 ekeke. Resepinya memang terperam tak berupdate dalam list draft. Dahsyat sungguh kebusyan Ummi ni. Sebenarnya bukan busy yang buat tak berupdate, punca utama kemalasan nak update thru handphone apa lagi buka PC. Sekarang baru muncul keinsafan setelah tengok alexa rank blog ni kelaut hahaha. Ok, jom Ummi share resepi Pais Ikan Bawal Emas yang sedap ni. Tak la lagi nak puasa, jadi bolehlah masuk dalam list lauk berbuka puasa hehe. Ok jom tengok resepi.

RESEPI PAIS IKAN BAWAL EMAS

Bahan-bahan:

Ikan mengikut citarasa (Ummi beli ikan bawal emas)
3 batang cili merah
2 batang cili hijau
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 inci halia
1 kiub knorr ikan bilis (Ummi tak letak pun kat rumah tak ada stok)
1 batang serai
**Bahan-bahan di atas diksiar hingga halus
3 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukup rasa
3 helai daun limau purut
Daun pisang untuk membalut ikan
Daun kunyit dihiris halus
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumiskan bersama daun limau purut dan letakkan cili kisar. Tumis sehingga naik bau dan masukkan garam dan gula. Bila sambal mula pekat tutupkan api. Ketepikan sebentar.Bentang daun pisang dalam bekas aluminium, letakkan ikan ditengah-tengah daun pisang. Letakkan hirisan daun kunyit. Tuangkan sambal tadi ke seluruhan permukaan ikan. Kemudian balut ikan dengan daun pisang dan balut dengan aluminium foil. Korang boleh pilih nak guna oven atau pemanggang ajaib. Ummi malas nak on oven jadi Ummi jerang atas kuali je. Kalau nak guna oven, guna suhu 180 darjah celcius.

Itu je resepinya. Yang penting hasilnya sedap.Ummi pun dah level lupa resepi ni dapat dari mana. Apa pun credit kepada owner resepi ni. Memang menjadi. Cubalah buat weekend nanti. Mesti bertambah nasi hehehe.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “DHHN – Pais Ikan Bawal Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: