The Ilhams & Mak Wee Bersiar-siar Naik Kuda Di Tanjung Balau | Sambungan cerita selepas kami check out dari Arean Sepang Resort. Plan awal nak menuju ke Muzium Nelayan, tapi waktu rehat tutup pula. Jadi kami terus decide nak naik bersiar-siar naik kuda di Horse Riding Centre. Memang sebelum ni tak pernah mencuba naik kuda di sini. Syok juga kan walaupun panas berdenting hehe.
Antara servis/aktiviti yang ditawarkan di Horse Riding Centre:
- Photo shoot
- Horse riding
- Horse rental
- Carriage rental/ service
- Horse show
Pakej Horse Riding Centre:
- Horse Carriage (Family Ride) – RM50
- Fun Ride – RM3
Kandang kuda
Sempat diorang beramah tamah hehehe. Kami memilih Horse Carriage (Family Ride).
Sementara Tok Ayah deal dengan owner, kami berposing berempat.
Budak excited nak naik kuda.
Comel tak Mak Wee? hehehe.
Ok kuda dah gerak nak standby bawa kami jalan-jalan.
Syamil tu cuak sebenarnya hehehe.
Muka ketat sangat oi Syamil.
Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee naik carriage putih ni.
Kami empat beranak naik yang ni.
Wahhhh.. syok layan anak-anak naik kuda. Kuda ni akan pusing keliling kawasan Tanjung Balau tu. Masuk sekali area challet.
Abang Ilham tu dah excited sampai nak turun buka pintu kecil masa kuda tengah berjalan haisyhhh.
Akhirnya sampai semula ke Horse Riding Centre.
Ummi nak juga posing kat carriage yang Tok Ayah naik tu.
Thanks kuda. Sorry la kalau muatan berat sangat ya. Harap ko tak murung lepas ni hahaha.
Kekonon nak bergambar sambil pegang tali kuda tu. Tapi Ummi is penakut. Tips nak pegang kuda, kena pegang dengan seikhlas hati, jangan takut-takut sebab kuda ada instinct kuat kalau kita cuak-cuak. Itu yang staff tu ajar la.
Nampak tu gagah perkasa kudanya.
Babai kuda. Jumpa lagi.
Ni video kalau korang nak tengok hehehe. Kalau korang buat short vacation ke Tanjung Balau jangan lupa try naik kuda ni boleh bersiar-siar sekitar Tanjung Balau. Boleh la lengkapkan aktiviti anak beranak sepanjang di sini.
Dah naikkuda tengah-tengah panas, tekak haus perut lapar.
Jadi kita makan dulu apa yang ada walaupun macam kurang menarik makanan di Medan Selera Tanjung Balau ni. Nak pergi makan tempat lain memang tak ada idea nak kemana.
Mak Wee pipi merah dah macam pakai blusher kalau kena panas.
Babah makan nasi goreng ayam. Not bad.
Ummi order rojak petis. Sedap juga. Makanan lain soto lupa snap ke gambar hilang. Yang pastinya soto dia biasa-biasa je. Boleh la buat alas perut. Selesai makan kami ke Muzium Nelayan sesi belajar santai The Ilhams dan Mak Wee. Stay tuned!
The Ilhams & Mak Wee Bersiar-siar Naik Kuda Di Tanjung Balau
JOM LIKE PAGE >> HERNEENAZIRDOTCOM
Pingback: The Ilhams & Mak Wee Melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi - herneenazir.com