Cerita bulan 8 dan 9 December 2017, DPM Netballers Mini Family Day di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Ampun maaf dipinta kerana mood kelaut dalam sedalam laut Tanjung Balau hahaha. Plan mini family day ni banyak diuruskan oleh Nenek Dan Mommy Ngah, kami follow je.
Kami bertolak ke Bandar Penawar selepas Solat Jumaat, kami bertiga beranak tumpang Mama Cu, sebab Babah masih kerja. Lepas maghrib baru Babah bertolak ke Bandar Penawar. Sampai je di Bandar Penawar kami terus menuju ke Jannah Homestay, Taman Desaru Utama yang dah ditempah awal oleh Mommy Ngah. Diorang pun dah sampai awal dah untuk preparation.
T-shirt sempena mini family day, ordered from Arifzone Creative Artwork. Complete untuk Babah, Ummi dan The Ilhams.
Dari homestay nak ke Pantai Tanjung Balau tak jauh mana pun lebih kurang 5 minit je.
Ehhhh..suci sangat muka Ummi haha. Penipu punya front camera.
Memasing excited nak bersukaneka hehe.
Posing dulu depan banner comel.
Budak-budak excited dah tak boleh kata apa lagi dah. Memang berkeliaran main sana sini.
Sampai je tu kitorang gotong royong set up apa yang patut.
Nampak tu, tak payah bagi arahan dorang dah tahu apa nak buat hehe.
Memasing kena kerah bergambar dengan Ummi termasuklah Abang Nabil adik ipar Mama Cu.
Game baling belon, Ummi partner dengan Nabil lagi. Kami menang ok haha.
Hahaha game ni kelakar. Nak masukkan biskut ke mulut tanpa bantuan anggota lain. Mana nak handle angin laut yang kuat lagi haha. Pemenangnya Gegirl.
Game lari berpasangan sambil ikat kaki. Macam ingat-ingat lupa la, kami yang menang kot hahaha.
Ini team Ummi. Ummi, Aien, Along dan Zikri.
Team Nenek, Cik Yah, Asiah.
Team Mommy, Gegirl, Lya dan Haiqel. Satu lagi Team Kak Susi mana ghaib gambarnya.
Nak buat trademark group. Entah apa-apa la mak budak buat perangai.
Get ready game pertama ikut team.
Cari gula-gula dalam tepung.
Hasilnya macam nak kena goreng tepung muka memasing hahaha.
Next game bawa telur dalam sudu.
Next game, transfer getah menggunakan straw.
Hahaha kanak-kanak ribena.
Sorang lagi mangsa wefie.
Get ready untuk game seterusnya, musang berjanggut.
Team Mommy.
Team Nenek.
Team Kak Susi.
First time main game Musang Berjanggut ni. Boleh tahan jenuh nak asingkan semua bahan hahaha.
NAmpak tak tu gigih kami mengasingkan bahan-bahan.
Hasil kerjasama, alhamdulillah berjaya mengasingkan semua.
Last game, netball la apa lagi. Tapi menggunakan apa yang ada je la kan.
Budak bertuah dua orang ni dah basah satu badan, ikut Tok Ayah ke tepi pantai. Kami syok bersukaneka Tok Ayah tukang handle budak-budak.
Sebelum balik ke homestay, sempat juga kami mengabadikan kenangan beramai-ramai. Walaupun masa ni sebenarnya ada kejadian misteri nusantara yang Nenek alami. Ehhh seram nak cerita.
Hakikatnya memang waktu-waktu macam ni syaitan sedang berkeliaran. Masa tengah bergambar beramai-ramai tu, tetiba Nenek terasa baju dia ditarik dari belakang. Tapi bila toleh ke belakang memang tak ada sesiapa pun yang tarik. Alhamdulillah tak ada apa-apa serius yang terjadi.
Siap-siap bilas badan budak-budak yang berpasir tu kami pun mengundur diri. Malamnya kami buat BBQ dan penyampaian hadiah sukaneka dan acah-acah persembahan kebudayaan kahkahkah.
Sambung next entri ya. Harap-harap daptlah entri tu muncul cepat. Banyak sangat cerita pending ni. Fuhhhhh.
Pingback: DPM Netballers Mini Family Day Tanjung Balau | 8-9 Dec 2017 (Part 2) - herneenazir.com