27 Jan 2018 | Ilham Syamil Turns 3!

27/01/2018

Hari ni 27 Januari 2018, genaplah 3 tahun usia Muhammad Ilham Syamil. Alhamdulillah syukur masih dipinjamkan lagi hero kecil Ummi ni. Rasa macam sekejap betul masa berlalu. Dah tiga tahun dah rupanya. Masih terbayang saat nak melahirkan budak lesung pipit ni. Memang kenangan paling berharga dalam hidup Ummi. Dua minggu kita empat beranak berkampung di hospital. Fuuhhhhh.

Ummi sentiasa doakan adik diberikan kesihatan yang baik, dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya. Tahun ni tak nak lah masuk “hotel 5 bintang” lagi ya. Kesian Ummi tengok Syamil kena cucuk sana sini. Ummi doakan adik menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah, Rasulullah dan Ummi Babah. Jadi hamba Allah yang berbakti pada agama, bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.

Dua gambar ni pose khas sempena birthday ke 3 tahun. Beriya dengn spec Babah tu. Bukan nak ke mana pun. Nak pergi ambil abang balik dari Kelas Jawi Ustazah Maimunah je hehehe. Boleh tahan kuat berangan mamat kecil ni. 

Semalam Ummi bagitahu abag hari ni birthday Syamil. Sekali dengan selamba kodoknya dia cakap dengan Opah.. “Opah esok datang rumah Ilham tau.. sebab ada harijadi Syamil” hahahaha. Pepandai dia je nak urus majlis. Lepas tu dia kata “Syamil.. syamil.. nantikan Uncle Azam hadiahkan Syamil mainan star wars” Ewahhhh.. ewahhh dia yang over. Boleh jadi terjojol biji mata Uncle Azam kalau terbaca ni hahaha. Ni tadi dia cakap dengan Ummi, dia dah bagitau Irfan kawan dia, suruh datang rumah esok birthday Syamil hahaha. Birthday adik, abang yang over. Nanti kalau orang tetiba datang Ummi nak jamu makan apa ni oii.

Syamil macam biasalah kalau tak ada benda yang dia rengekan dia tenang-tenang je. Buat hal sendiri. Ummi Babah tanya nak hadiah apa pun dia kata tak nak. Lega hati Ummi hehehe. Oklah, panjang lebar Ummi membebel. Makcik-makcik, pakcik-pakcik doakan Syamil sentiasa sihat ya. Thanks in advanced!

p/s Budak kecil ni masih belum wean-off lagi.. potty training pun tak pass lagi.. dia kata dia baby lagi hahaha.. adoiii la anak Ummi.. 

Share this nice post:

2 Comments

  • Dilah

    29/01/2018 at 5:10 pm

    Happy BIrthday Syamil.. syamil ni nampak mcm baby2 lagi la kak H.. Senyap jer.. x kecoh2 mcm fattah anas tu.. padahal sebaya jer.. haha

    1. Hernee Nazir

      30/01/2018 at 9:40 am

      tq ibu dilah..dia memang slow motion sikit orangnya.. hari tu xde abang dia..kalo ada abang blh tahan aktif tu..hehehe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: