Mangga Krup Krap

Dua minggu lepas, ternampak orang duk promote Mangga Krup Krap, ehhh gatal tapak tangan Ummi nak membeli juga. Menggelitik rasa tekak terbayang mangga ni masuk mulut hahaha. Melampau sangatkan gayanya. Akhirnya Ummi pun mencuba 3 biji. Sekali 3 biji ok tamak haloba.

20171109_182443

Haaaa inilah Mangga Krup Krap dari Thailand sebiji RM7.

20171109_182530

Setiap sebiji mangga krup krap ni dibekalkan dengan serbuk asam manis pedas.

20171109_182829

Dah siap-siap dipotong-potong, tinggal pulas dan colek je. Masukkan mulut kunyah dengan sound effect krup krap hehehe. Ehhh sedap tau. Mangga tu lemak manis tak masam langsung. nampak je hijau macam muda.. macam masam. Tapi sumpah tak masam. Sesedap rasa je bila dah dicolek.

20171109_183538

Ummi beli 3 biji ingatkan dapat bedal sorang. Sekali ada peminat kecil mangga krup krap la. Ingatkan dia tak suka. Sekali Ummi offer ehhh tak cukup sehiris la. Dia minta lagi hahaha. Yang kat belakang tu jangan harap la dia nak makan. Memang Ummi tabur beras kunyit kalau tetiba dia nak hahaha. Korang kalau nak cuba boleh contact seller kat bawah ni ya. Ummi tak kenal pun orangnya, jiran punya kawan ni hehehe. Selamat berkrup krap!!

NAK ORDER??

http://apitbakar.wasap.my/
Penghantaran ke depan pintu rumah awak, NO minimum order tapi order siket selalunya menyesal

#manggacolek #manggakrupkrap #manggathailand #manggamanis #manggasedap#manggaibumengandung #manggajarangada

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!