Lunch zaman tok kaduk bila entah kan baru nak muncul hari ni. Nampak sangat ketidak efficient nya Ummi Ilhams akhir-akhir ni. Tak tahu lah virus apa menyerang. Virus pemalas level otai menyerang sistem blogging Ummi ekekeke.
Lunch kami berempat 2 minggu lepas di Restoran Saujana Seafood, Kg. Tg. Adang.
Nonesssss and Kak Leen.
Ummi Ilhams dan Eqa sambil-sambil menanti makanan. Aktiviti wajib adalah wefie.
Haaaaa beratur air kami ok. Sebenarnya Ummi nak order mango ice blended, tapi malangnya hari tu tak ada mangga.
Sambil-sambil tunggu makanan kita bedal keropok ikan Kak leen beli cicah dengan sos thai yang sedap ni. Ok makanan dah sampai, jom zoom in. Kawan-kawan Ummi terpaksa redho sebab “camera will eat first” ekekeke.
Menu Kak Leen, nasi putih ayam paprik.
Ayam merah aka sambal untuk Ummi dan Eqa. Ada dua pinggan tapi snap 1 sudah la kan.
Nasi goreng seafood Ummi. Nyumsssss sedap hoi.
Nasi goreng kampung Eqa.
Mee goreng Noni.
Alhamdulillah kenyang kami berempat. Makanan kat sini memang sedap selalu. Korang yang nak makan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa, datang ke Restoran Saujana ni. Selain makan korang boleh view keindahan PTP dan Forest City dari jauh ecehhhhhhh. Harga memang berpatutan. Nak buat event company atau jamuan hari jadi keluarga pun boleh. Sesuai sangat. Selain itu kemudahan tandas dan surau yang luas untuk para pelanggan. Dah apa tunggu lagi book sekarang.
RESTORAN SAUJANA, KG. TG. ADANG
Alamat:
103, Kampung Tanjung Adang Gelang Patah 81550 Johor Bahru Johor
Waktu operasi: 12 tengahari hingga 10 malam
Cuti setiap hari Jumaat
Untuk membuat tempahan boleh call atau whatsapp:
017-2963211 | Zaidah
012-7023211 | Zalina
07-5073211 | Restoran
uish nampak sedap sangat ni. nasi goreng seafood favorite sha tu
sedap ngat2 sha hehe
lama bebenau tak makan kat sana…