Tersuka Wonda Coffee

09/09/2017

Sebelum ni duk tengok je kekawan post di facebook pasal Wonda Coffee ni. Dalam hati berkata “sedap sangat ke ek?”. Tapi tak pernah pun rasa nak cuba. Minggu lepas sebelum balik dari kampung Babah singgah 7-Eleven, salah satu item yang dibelinya air Wonda Coffee tapi Ummi lupa flavour apa. Buat-buatlah mengecek nak rasa barang seteguk dua. Ehhhh.. sedap rupanya. Patutlah diorang suka hehe.

Hari Selasa kita cuba beli sendiri di kedai berhampiran office. Setin RM2.40. Beli tiga flavour di atas, belanja Om Wan dan Yap tapi sebelum diorang minum Ummi mintak sorang sikit nak jamah kahkahkah. Teruk benor perangai. Almaklumlah kita ni baru jatuh cinta dengan cik kopi. Rasa teruja nak rasa kopi tarik dan extra expresso sebab Ummi pilih yang original. Ooohhh begitu rasanya.

Esoknya beli lagi.. esoknya beli lagi eh dah kenapa Ummi ni? Dah mabuk Wonda Coffee ke? hehe. Semua flavour nak dicubanya.

Semalam rezeki Mama Cu belanja 10 tin Wonda Coffee. Eh bukan semua Ummi minum tau. Ummi ajak kawan-kawan office minum sekali termasuklah Pak Etot Yap hahaha. Akhirnya dapat juga rasa yang Mocha hehe. Banyak-banyak flavour Ummi rasa paling suka Latte kot. Eh entah la semua sedap kot. Tak tahu nak cakap mana satu paling sedap sebab belum expert nak judge cik kopi hahaha.

Kata diorang Petronas selalu buat promosi Wonda Coffee. Hmmm.. nak jengah-jegah la nanti hehe. Kot dapat grab barang setin dua. Di Shell pula promosi buy 2 free 1. Kasi can lah mak orang yang nak belajar mencintai kopi ni ya hehe. Babai!

Yang ikhlas,

Pencinta (Baru) Wonda Coffee

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: