Minum Petang di Old Town White Coffee Puteri Harbour

Sambung lagi cerita hari Ahad.

Lepas melayan anak-anak di Petronas StreetSmart, kita hilangkan dahaga di Old Town White Coffee ecehhhh. Dahaga la sangat.

Sementara menunggu makanan, Babah layan hero kecil sorang ni pasang lego.

Yang sorang lagi dah expert pasang sendiri. Jadi biarkan dia dengan dunia dia hahaha. Siap tayang ha dah siap.

Adik pun suruh Ummi snap lego star wars dia.

Makanan dah sampai. Ummi suruh order mee hoon sup Babah order set Prawn Meehoon/Mee. Entah kenapa Ummi tak berapa nak hadam menu ni haha. Rasa macam mee tu spoil selera bila dah gabung dengan mee hoon. Kalau mee hoon saja mungkin lagi suka. Eh ke sebab otak dah set nak mee hoon sup tapi dapat mee lain hahaha.

Nasib ada roti bakarpengubat hati Ummi hehehe. Sedap selalu.

Bebudak ni tak nak mee nak makan kentang goreng. Tapi khayal main lego sampai makan pun tak habis. Dah kena tapau pula. Lepas makan-makan kami ronda-ronda tengok arca-arca tepi laut hehehe. Belon bebudak ni tertinggal kat sini, nasib baik dorang lupa mana belon ghaib. Selamat Ummi hahaha.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!