PizzArt By Anchor Food Professionals at Ejohng Concept, Taman Pulai Perdana

20170722_144154-01.jpeg

Alhamdulillah berkesempatan untuk menghadiri sesi food review di Ejohng Concept, Taman Pulai Perdana bersempena dengan PizzArt Campaign yang dilancarkan oleh Anchor Food Professionals. 

Anchor Food Professionals memperkenalkan pizza dalam pelbagai bentuk dan saiz khas untuk pencinta pizza dengan menggunakan bahan-bahan terbaik seperti Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Butter, Anchor Culinary Creams dan Anchor Cream Cheese. Semua produk Anchor ini memang didatangkan khas dari New Zealand.

20170722_130415-01.jpeg

Memperkenalkan 3 jenis PizzArt itu adalah Flower Pizza, Adjaruli Khachapuri dan Mini Muffin Pizzas. Ketiga-tiga jenis pizza korang boleh dapati di Ejohng Concept.

20170722_125925-01

Flower Pizza – RM40.00

Flower Pizza adalah pizza yang berbentuk bunga mengandungi isi tuna dan cheese yang banyak dengan adunan roti yang lembut memang sangat sedap dan mengenyangkan.  Memang sedap dan sesuai dimakan untuk seisi keluarga. Idea terbaru untuk anda yang ingin menyambut harijadi gantikan kek harijadi dengan Flower Pizza. Pasti majlis hari jadi anda nampak ada kelainan.

20170722_131733-01.jpeg

Makan kelopak by kelopak hehe. Senang je tak payah beriya nak potong.

20170722_125735-01

Adjaruli Khachapuri Pizza – RM19.90

Adjaruli Khachapuri Pizza, pizza berbentuk seperti sampan dengan nama yang unik. Kalau sekali dengar macam asalnya dari India tapi sebenarnya ia adalah hasil inovasi dari Georgian. Adjaruli Khachapuri Pizza, mengandungi  cheese dan oozing egg (telur) di tengah-tengahnya. Namanya unik, cara makannya pun unik.

20170722_133835-01

Keju dan telur hendaklah digaul ketika masih panas. Kemudian, baru la boleh dimakan dengan mencicah roti pizza pada keju dan telur yang telah digaul sebati.

20170722_134517-01

Cheesenya tu boleh ditarik setinggi yang boleh tau. Syok betul tengok.

20170722_132609-01

Ok ini gambar tarik-tarik manja sebab dah tak sabar nak makan. Nanti kita share gambar tarik tinggi sikit ya.

20170722_132650-01

Heaven! Yummeh. Makan sambil pejam mata. Memang sarat dengan cheese sesuai sangat untuk “Cheese Lover”.

20170722_130052-01

Muffin Pizza (chicken/ beef/ tuna) – RM10.00 (3 pcs)

Muffin Pizza yang terdiri dari isi ayam, daging, itik dan tuna. Di Ejhong Concept korang boleh dapatkan tiga perasa seperti di atas. Muffin pizza yang comel ni

20170722_133346-01.jpeg

Fuhhhh sedap. Isi dalam tu isi ayam. Memang padulah bila dah bergabung dengan cheese.

20170722_133421-02

Sepanjang kempen ni korang berpeluang untuk mengumpul 6 designs Pizzart Fridge Magnet secara eksklusif dengan setiap pembelian Pizzart Menu.

20170722_142854-01

Antara blogger yang hadir, bergambar kenangan bersama pemilik Ejohng Concept dan Anchor Food Professionals staff.

20170722_143116-01

Ok kami dari Team JDT Blogger tak melepaskan peluang juga bergambar bersama Encik Faidzal, pemilik Ejohng Concept.

Korang peminat cheese jangan lepaskan peluang ni tau. Cepat dapatkan 3 jenis pizza yang tengah hot dipasaran tu. Pasti puas hati. Untuk flower pizza make sure korang book 3 hari sebelum korang nak datang makan. Ingat tau! Selamat menjamu selera.

ejohng concept

Ejohng Concept

Alamat:

45, Jln Pulai Perdana 11
Taman Sri Pulai Perdana

81300 Skudai, Johor

Facebook : https://www.facebook.com/ejohngconcept

Full menu from 4.00 pm to 11.15 pm (last order)
Hotel Quality @Restaurant Price
Contact No : 07- 520 2457

 

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

5 Comments

  1. kisahsidairy

    pepagi tau jengah blog ni,tak makan lagi,tengok cheese tu bukan main meleleh…dapat diskaun tak kalau pegi ni..jejommmm

  2. maszull

    assalamualaikum hernee…mengancam la tengok…

    • Hernee Nazir

      waalaikumussalam ma..hehehe teringat rase yg sedap tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *