Friday’s Lunch at Boat Noodle @ Teh O Ice 50 cents Taman Nusantara

23/07/2017

Akhirnya selepas berkali-kali kecewa fully booked, hari Jumaat lepas dapat juga menghirup kuah tomyam kat sini hehe. Dia punya craving tu macam setahun tak dapat makan lah hahaha.

20170721_131537-01
Sebelum masing-masing fokus kat makanan sendiri marilah kita snap satu kali bagi orang KL makan hati tengok ekeke.

20170721_131013-01

Ummi, Eqa, Ira dan Kak Leen makan nasi kerabu ayam. Nyum3. Sepinggan RM8.50.

20170721_131425-01

Noni sorang je makan lain sikit hehe. Dia makan sweet garlic chicken rice. Eh tetiba menu Noni menu omputih pulak. Harganya RM8.90 sepinggan. Lupa nak tanya Noni sedap ke tak hehe.

20170721_131032-01

Ini Ummi dan Ira punya. Boat Noodle Tomyam RM1.90 semangkuk. Ira 2 mangkuk Ummi semangkuk hehe.

20170721_130838-01

Ini Ummi punya sorang. Boat noodle Beef RM1.90 semangkuk. Saka makan terlepas tu yang sampai order terlebih ekeke.

20170721_130721-01

Eh Kak Leen pun tak ketinggalan membawa saka makan hahaha. Ini meatball grilled mix RM3.90.

20170721_130747-01

Ni list order pertama hahaha. Untuk air, Ummi & Ira Thai Ice Tea (RM4.90), Eqa Teh O Ice big cup (RM1.50), Noni limau panas (RM1) dan air paling sedap hari ini dimenangi oleh Kak Leen, Creamy Mango Vanilla (RM13.90). Harganya bersesuaianlah dengan rasanya kan. Sedap kata Kak Leen.

Lepas makan pot pet pot pet kejap, gelak-gelak terus balik office. Eh awal sampai office hehe. Kalau tak dapat makan boat noodle tadi plan B konfemlah ke AEON Bukit Indah hahaha. Tengoklah next week ke camane sambil-sambil farewell geng makan sorang tu yang dah nak habis internship. Tungguuuuu.

Share this nice post:

6 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: