Wednesday’s Lunch at Restoran MH Beriani Tindih Taman Nusantara

Cerita tengahari tadi. Babah bagitau dia tak makan sama kat cafe macam biasa sebab dia nak renew road tax. Ummi ok je. Sekali dia call lagi tanya nak ikut tak. Ehhhh Ummi ok je nak je. Bukan senang nak berdating berdua hahaha. Lepas Babah hantar dokumen segala bagai kami terus ke Taman Nusantara. Kekonon nak makan boat noodle sekali manusia ya ampun penuh dah.

Terus Babah ajak makan kat Restoran MH Beriani Tindih. First time makan kat sini. Sebelum ni makan Babah tapau je. Orang pun ramai. Tapi Babah kata servis kat sini pantas tuntas hehehe.

Terbukti memang pantas. Kejap je dah sampai dah apa yang kami order. Nasi beriani kambing 2 set dan teh o ais limau 2. Fuhhhh sedap. Perut memang tengah lapar gila. Sekali Babah kata nak tambah nasi tak? Haaa boleh juga. Sebab portion nasinya memang agak sikit ecehhh. Rupanya Babah order satu set terus hehehe. Jadi kami berdua makan sorang 2 set setengah hahaha. Nasi beriani kambing satu set RM11. Rasa memang sedap. Lebih sedap dari makan dibungkus hehehe. Kena makan kat sini la baru umppphhhhh. Ok nanti boleh repeat lagi lunch hour hehehe.

Gambar orang yang makan tak snap sebab tengah kebuluran hahaha.

 510 total views,  2 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!