Ini antara menu yang sempat Ummi masak untuk juadah di pagi 1 Syawal. Bila turn beraya kat rumah sendiri ni memang kena gigih la masak lauk pauk sesorang. Nak harapkan bodyguard tolong masak takut meraung pagi raya tak dapat makan hahaha. Jom kita zoom in satu per satu.
Nasi impit. Sejak arwah Mak tak ada memang tak ada lah bayang ketupat. Anak-anak Mak semua tak reti buat ketupat haha.
Ayam masak merah. Ummi tak biasa kalau raya tak ada ayam masak merah. Dulu memang time raya je la meriah makan ayam masak merah. Sekarang hari-hari Ummi kena menghadap masak ayam masak merah hoi.
Kari ayam ni lauk tradisi keluarga Babah. Oleh kerana beraya di Gelang Patah, jadi Ummi masakkanlah Babah kari ayam supaya Babah tak bersedih di pagi raya hahaha.
Next, lodeh hai mak lodeh. Terpucat pulak kuah lodeh Ummi ni. Tak pe lah janji boleh makan.
Sebenarnya cita-cita nak buat sambal kacang sendiri. Sekali Mommy Ngah offer nak bagi semangkuk. Ummi pun terima jek lah hehehe.
Ok menu last sekali, rendang daging. Dulu rasa rendang daging ni paling leceh nak buat. Sebabnya nak kena tunggu daging empuk tu kemain lama. Tapi bila dah biasa eh tak lah susah mana pun hehe. Mind setting jek tu kan.
Ini je lah menu yang termampu dimasak kelentang kelentung oleh Ummi Ilhams. Ilham bebel Ummi ni kenapa suka masak lambat. Ewah-ewah dia tak nampak agaknya Ummi dah bersilat dari pagi Sabtu sampai ke malam hahaha. Apa pun alhamdulillah rezeki family yang datang raya pertama dapatlah menjamah menu raya Ummi ni walau rasa tak seberapa haha.
Kekawan yang nak datang beraya ke rumah inform awal-awal tau. Bolehlah Ummi masak-masak sikit buat-buat alas perut hehe. Ok selamat berhari raya di hari raya ke 6.
p/s kesian blog Ummi terabai sebab tuan dia syok beraya 😅
Pandai hernee masak semua menu ni. Rendang daging tu nampak sedap sgt. 🙂
Selamat hari raya hernee. Maaf zahir batin.
hehehe blh la sikit2 ana..selamat hari raya maaf zahir batin ye ana.. turun jb jemput dtg rumah..
sedapnya
hehehe alhamdulillah sedap juga lah hehe