Assalamualaikum.. Muhammad Ilham Syakir (27 Jun 2013 – 27 Jun 2017)

20170625_104254

Assalamualaikum Muhammad Ilham Syakir.. 

Babah, Ummi, Abang Ilham dan Adik Syamil datang ni. Nak jengah Syakir. Hari ni genap 4 tahun Syakir tidur kat sini. Kami sentiasa ingat Syakir, tak pernah lupa. Lagi-lagi Ummi, tak mungkin Ummi lupakan saat-saat mengandungkan Syakir selama 7 bulan dalam perut Ummi. Syakir tak pernah susahkan Ummi sepanjang mengandung. Baik betul anak syurga Ummi yang sorang ni. Doakan Babah, Ummi, abang dan adik dapat jumpa Syakir kat syurga nanti ya. Ummi nak peluk cium Syakir sebab Ummi tak sempat nak buat semua tu. 

Tenanglah Syakir kat sana ya. Ummi Babah tak sedih pun sebab Ummi tau Syakir aman bahagia kat sana bersama kupu-kupu syurga yang lain.

Al-Fatihah buat MUHAMMAD ILHAM SYAKIR BIN MOHD NAZIR.

20170625_104244

p/s Tok Beng menziarah kubur Nenek dan Noyang Esah di hari raya pertama.

About Hernee Nazir 5507 Articles
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*