6 Tips Keselamatan Di Musim Perayaan

Hari Raya Aidilfitri tinggal beberapa hari saja lagi. Adakah kita semua dah mengambil berat tentang tips keselamatan di musim perayaan? Jika belum jom baca ni 5 TIPS KESELAMATAN DI MUSIM PERAYAAN. Bersama-sama kita mengingati antara satu sama lain bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Menyesal kemudian tidak berguna.

rumah berkunci

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah dikunci dengan baik supaya tidak mudah pecah atau diumpil.

RL-8800_Stainless_Steel_Padlock

2. Pastikan alatan keselamatan lain seperti pad lock, rantai dan alat penggera dalam keadaan baik dan berfungsi telah dipasang sebelum anda meninggalkan rumah.

lampu-bohlam1

3. Sekiranya rumah anda ada auto timer lampu, sila set supaya lampu depan belakang dan dalam rumah dipasang bermula jam 6 petang hingga 7 pagi setiap hari sepanjang ketiadaan anda di rumah. Sekiranya tiada auto timer, biarkan lampu terpasang sepanjang masa.

emas

4. Pastikan barang kemas dan barang-barang, wang tunai dan barang berharga lain tidak ditinggalkan di rumah atau simpan di tempat yang berkunci dan selamat.

neighbours

5. Maklumkan kepada Balai Polis terdekat dan jiran tetangga tentang ketiadaan anda dirumah sepanjang pulang ke kampung dan jangan lupa tinggal nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,

langganan akhbar

6. Hentikan langganan surat khabar sepanjang ketiadaan anda di rumah bagi mengelakkan pencuri mengetahui yang rumah kita kosong kerana akhbar yang dihantar tidak di ambil.

Peringatan ini untuk kami sekeluarga juga supaya tidak lalai dan leka. Penjenayah ada di mana-mana. Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang jenayah dan sebarang bentuk penganiayaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!