Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 2017 – Day 12

Menu berbuka puasa hari ke 12, masak dua jenis lauk je. Gigih nak masak lauk favourite masa di UiTM Alor Gajah Melaka. Gigih juga google resepi hahaha. Maka terhasillah..

Ayam Hitam Pakcik Cafe UiTM Alor Gajah Melaka. Nak kata sama sebiji sebijon tak juga. Bolelah buat lepas-lepas rindu ayam hitam yang sedap tu. Nak kena praktis lagi kot. Air tangan tak sama hehe. Nanti Ummi share resepinya.

Mix vege with oyster sauce.. ecehh tajuk omputih padahal brokoli, shitake mushroom dan carrot masak sos tiram je.

Mee goreng lagi tapi hari ni Mommy Mgah yang bagi. Lama-lama muka Ummi dah macam mee kuning ni kang haha.

Bubur lambuk Mommy Ngah bagi dapat dai Masjid Kg. Ladang. First bubur lambuk yang dimakan dalam bulam puasa kali ni. Nak minta bebudak yang hantar bubur lambuk dari masjid kat taman ni tak sempat-sempat lagi hehe. Nak buat sendiri pun belum plan hari apa. Makan je lah rezeki bubur lambuk yang ada.

Alhamdulillah, kenyang perut. Lepas Ummi berbuka baru suap anak-anak makan. Weekdays memang berbuka sorang je la Ummi ni weekend baru dapat berbuka dengan Babah. Ok mata dah mengantuk. Babai!

4 thoughts on “Ramadhan 2017 – Day 12”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *