DDHN – Homemade Steamboat Bersama Sos Steamboat Ala Johhny’s

Cerita berbuka puasa hari ke 8. Ummi buat Homemade Steamboat je. All in one gitu. Nasi putih tak dilupakan. Desert dadih jagung. Ok nak share la cara buat Homemade Steamboat ni. Mudah je.

RESEPI HOMEMADE STEAMBOAT BERSAMA SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY’S

P_20170603_185259_vHDR_Auto

BAHAN-BAHAN:

Meatball
Fish Sandwich
Vegetable Ball
Sausage
Crab stick
Brokoli
Shitake Mushroom
Enoki Mushroom
Udang (tiada dalam gambar)

** Kuantiti ikut suka hati lah ya. Setiap satu pek tu banyak boleh dimakan 2 –3 kali kalau orang dalam rumah tak ramai dan tak kuat makan ekeke.

P_20170603_184424_vHDR_Auto
UNTUK KUAH STEAMBOAT

Kuah Tomyam
** Jerang air (kuantiti ikut suka) dan bubuh Pes Tomyam Nona. Perasakan dengan garam.

P_20170603_185211_vHDR_Auto

Dah ready untuk dimasak. Nasiblah ada induction cooker Mommy Ngah kalau tak masak atas dapur gas je la. Induction cooker Ummi mana entah ghaib. Mungkin tersembunyi dalam stor. Bulan puasa sayang pula tenaga nak kumbah stor hehehe.

P_20170603_191045_vHDR_Auto

Leburkan semua bahan-bahan tadi ke dalam kuah tomyam. Tutup periuk biarkan sehingga menggelegak. Kacau-kacau, sedia untuk dimakan. Eh tunggu azan dulu hehehe.

RESEPI SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY’S

P_20170603_183600_vHDR_Auto

BAHAN-BAHAN:

6 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 sudu besar sos ikan*
3 sudu besar minyak bijan*
1/4 cawan cuka*
1/3 cawan kuah air tp aku guna kuah tomyam* (saya guna air biasa)
Garam gula secukupnya*
1/2 sudu kacang tanah*
Bijan
Daun ketumbar di racik2 halus

CARA MEMASAK:

Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan daun ketumbar.

Bahan-bahan ada lagi tu. Boleh la repeat minggu ni hehehe. Korang cubalah ya, Rasa tu taklah sebiji sebijon kat Johnny’s, tapi bolehlah buka Hernee Nazir Steamboat atau Kelasi 7 Steamboat depan rumah hahaha. Selamat mencuba!

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!